12 Makanan Ini Boleh Rendahkan Risiko Kanser. Jom Jadikan Amalan

Share

Apa yang kita makan menggambarkan diri kita, ungkapan ini ada benarnya. Mengamalkan corak pemakanan sihat dan seimbang penting tau untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu pilihlah makanan yang boleh membantu menghindari dan meningkatkan pertahanan badan daripada serangan penyakit.

Kandungan anti oksidan, vitamin, mineral dan serat di dalam makanan ini jika diamal selalu boleh membantu badan untuk melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Di samping mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan dikatakan salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan ditahap yang optimum. Jom kenali makanan-makanan terbaik yang boleh diamalkan untuk anda dan keluarga.

 

1. BROKOLI

Foto : simplyrecipes.com

Brokoli elok dimakan kukus atau mentah. Ia mengandungi sulforraphane and isothiocyanates. Kedua komponen ini bertindak dengan enzim dalam tubuh untuk melawan kanser. Brokoli juga kaya dengan vitamin C dan K.

 

2. TOMATO


Foto : newsmobile.in

Tomato sedap dimakan bila dijadikan salad, masak sup dan sos dan pelbagai masakan. Isi buah tomato juga mengandungi vitamin C. Terdapat kajian yang menunjukkan lycopene sumber anti oksidan yang terdapat dalamnya juga bersifat anti kanser.

 

3. BAWANG PUTIH


Foto : medicalnewstoday.com

Bakar, tumis panggang, gunakanlah bawang putih bila memasak. Kandungan sulfurnya boleh mengurangkan risiko terbentuknya beberapa jenis kanser.. Bawang putih juga adalah sumber terbaik vitamin B6 dan mineral manganese.

 

4. JAGUNG


Foto : believeinbristol.org

Samada anda mengukus, memanggang atau merebus jagung, atau dijadikan bahan ramuan dalam sajian, kesemua ini baik dijadikan rutin makanan anda. Jagung mengandungi beta-cryptoxantin dan asid ferulic, keduanya ini dipercayai dapat menghalang pembiakan dan pertumbuhan sel kanser. Tapi ingat jangan letak garam dan mentega/marjerin berlebihan, nanti tak sihat la pulak.

 

5. UBI BIT @ BEET ROOT


Foto : healthline.com

Tengok warnanya sahaja dah boleh tahu ia adalah makanan anti kanser.Iya warna ungu tua yang menaikkan selera. Kukus, rebus, panggang, dibuat sup atau masukkan ke dalam salad, kedua isi ubi dan daunnya mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Pigmen warnanya betacyanin dipercayai dapat menghindari kanser.

 

6. LOBAK MERAH

Komponen anti kanser dipercayai dalam pigmennya , carotenoid dan termasuklah beta karotene memberikan warna oren pada lobak merah. Makan lobak ni mudah aje kan jadikan jus makan mentah atau ramuan masakan, memang sedap.

 

7. TEH HIJAU

Foto : archanakitchen.com

Teh hijau mengandungi polyphenols yang boleh mengelakkan dari pertumbuhan sel kanser. Daun teh kering iaitu camellia sinensis dipercayai dapat merangsang system pertahanan tubuh (imun) dengan menyingkir toksin dan meningkat tahap kesihatan. Bagaimanapun teh hijau mengandungi kafein, usah minum berlebihan pulak.

 

8. KUNYIT HIDUP


Foto :superlife.com

Warna oren pada kunyit adalah kandungan curcumin yang mempunyak efek anti kanser terhadap pelbagai jenis kanser. Ia juga bersifat anti keradangan dan komponen anti oksidan yang sangat membantu mengurangkan risiko kanser.

 

9. STRAWBERI

Foto : news.abs-cbn.com

Berita baik buat penggemar strawberi , ia mengandungi phytochemical yang terbukti bersifat anti kanser dan anti keradangan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin C dan manganese.

 

10. BAYAM

Foto : medicalnewstoday.com

Kartun Popeye jadi kuat bila makan bayam tu ada mungkin benarnya. Bayam adalah sayur yang penuh dengan pelbagai khasiat kesihatan. Komponen melawan kansernya terdapat pada lutein dan zeaxanthin. Anda akan dapat khasiat terbaik dengan menjadikan ia salad mentah, tepati kalau masak sup nakkan khasiat berganda jangan lupa masukkan bawang putih.

 

11. BIJIRIN PENUH @ WHOLE GRAIN

Foto : goodhousekeeping.com

Pilihlah bijirin penuh setiap kali membeli roti, tepung atau bijirin. Khasiat bijirin penuh iaitu lignans dan saponins menghalang sel daripada pertumbuhan berganda. Memakan sajian tinggi serat ini juga sangat membantu penghadaman dan mengelakkan risiko kanser

 

12. DAUN HERBA MASAKAN

Foto : jamieoliver.com

Terdapat beberapa daun herba yang mengandungi komponen yang membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. Gunakanlah herba yang melazatkan makanan anda seperti daun pudina, selasih, thyme dan rosemary. Eloklah ambil daun segar dari pokok herba yang ditanam sendiri dalam pasu, lebih asli dan lebih manfaatnya

Published by
Nur