Anda penggemar nasi ayam? Kunjungan ke Jeremy’s Chicks pasti memenuhi cita rasa anda.Nikmati hidangan ayam yang dimasak sempurna sehingga lembut dan berjus. Idea merealisasikan Jeremy’s Chicks berlaku pada permulaan tempoh PKP oleh pengasas bersama, Jeremy.
Di Jeremy’s Chicks, terdapat pelbagai jenis ayam Hainan asli rebus, panggang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada semua pencinta nasi ayam di Malaysia.
Selain itu menu seperti Mi Wantan , Pak Choy, Sup Bebola Ikan dan lain-lain boleh anda pesan untuk melengkapkan hidangan anda.
Dan kali ini, hos Makan Di Mana mencuba ayam percik di restoran ini, diolah dengan enak menggunakan rempah ratus terpilih, dihidangkan bersama nasi ayam beraroma.
Ayam percik yang sedap diperap dalam sos pedas dan dihidangkan bersama nasi ayam yang gebu.
Menu di sini ringkas dengan harga yang berpatutan.Nasi wangi yang gebu adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia sangat wangi yang anda tidak akan berhenti mengunyah mereka bersama-sama dengan hirisan ayam yang lazat.
Selain itu cili buatan sendiri adalah satu lagi keistimewaan di restoran ini, dengan rasa pedas yang sesuai digabungkan dengan ayam anda.
Jadi, jika anda sedang mencari hidangan lazat untuk makan tengahari atau makan malam, bolehlah berkunjung atau menempah hidangan dari Jeremy’s Chicks.