Kali ini, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung episod 15 membawakan Raja Azura berjalan ke tempat penyanyi Dato’ Hattan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

Tapi Hattan bukanlah keseorangan kerana ditemani adik tersayangnya, Lin. Lemah lembut je perwatakan adik Hattan ni.

Amboi, bukan meriah lagi Raja Azura berborak dengan Hattan. Macam-macam cerita yang keluar. Cerita dari zaman kecil Hattan hinggalah ke kisah terkini.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

Paling menarik, Hattan bercerita tentang kisah lucu ketika balik raya dengan bas. Mengekek gelaknya.

Namun suasana bertukar menjadi sedikit sayu apabila Hattan memberitahu suasana hari raya tahun ini tidak lagi sama kerana ibu dan abangnya telah meninggal dunia.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

Berkongsi resipi yang menjadi kegemaran Hattan, iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api, memang berbiso bonar menu ini.

Rasa terliur meluap-luap bila tengok kuah ketam masak lemak cili api ni. Tengok cara masak yang ditunjukkan pun mudah sangat.

Ads

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

Kalau lauk utama dah ada, kenalah ada hidangan pencuci mulut. Kali ini, Hattan dan Lin berkongsi cara nak buat kuih puteri mandi atau Hattan menyebutnya kuih pusat. Aduh, nakal sungguh Hattan ni ye.

 

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

BAHAN-BAHAN:

4-5 ekor ketam segar
1 mangkuk besar santan
1 cawan air
1 batang serai | diketuk
Garam kasar secukup rasa
3-4 helai daun limau
1 sudu kecil Aji-no-moto®

BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR/TUMBUK

2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili api
2 biji cili merah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketam dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2. Masukkan ketam bersama bahan kisar atau tumbuk dan serai ke dalam kuali. Gaul-gaul bagi sebati.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
3. Apabila dah sebati, barulah dimasukkan santan. Gaul lagi bagi sebati rasanya.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
4. Kemudian, apabila kuah sudah mendidih, masukkan daun limau purut yang dikoyak-koyakkan. Kacau-kacau lagi supaya santan tidak berketul.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
5. Perasakan dengan Aji-no-moto® dan juga sedikit garam. Gaul sebati. Renehkan sehingga ketam masak.

PUTERI MANDI

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

BAHAN KUAH:

Ads

1 cawan nisse @ gula melaka (2 keping saiz kecil) – atau dipanggil gula anau di Negeri Sembilan
½ cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)

BAHAN DOH:

2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
1 cawan air daun pandan (kisar: 4 helai daun pandan + air, ditapis)
2-3 titik pewarna hijau

CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam bekas. Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. Tambahkan pewarna hijau dan uli menjadi doh.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
2. Kemudian, ambil sedikit doh tadi dan gentel bulat-bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah-tengahnya. Ketepikan.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
3. Sementara itu, untuk buat kuah, masukkan santan dan nissey @ gula melaka @ gula anau ke dalam kuali atau periuk.
4. Masak sehingga nissey @ gula melaka hancur. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Gaul hingga sebati.

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan
3. Akhir sekali, masukkan doh yang sudah siap digentel tadi ke dalam adunan kuah gula melaka. Gaul perlahan-lahan bagi sebati. Tutup api. Siap.

Ads

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Ketam Masak Lemak Cili Api & Puteri Mandi, Resipi Turun Temurun Family Dato Hattan

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.

Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Moga resipi-resipi ini boleh membantu memberi idea buat anda di sepanjang bulan Ramadan ini.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI