
Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Sempat lagi nak membuat biskut raya ni. Boleh juga bawa pulang ke kampung nanti. Sedapnya Biscoff almond crunchy, rangup-rangup badam, wangi biscoff gerenti tak cukup satu.
Almond Biscoff Crunchy
Bahan-bahan:
500gm mentega
60gm shortening
300gm gula perang
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
200gm biscoff spread
Adun sebati dalam volume slow
Campur
100gm tepung jagung
150gm nestum kisar kasar
1 sudu besar emplek
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar soda bikarbonat
60gm susu tepung (nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa)
500gm tepung gandum
300gm badam nibs (sangai dulu, bagi rangup)
200gm butterscotch coklat cip
250gm biscoff crumble
Adun hingga sebati.
Jemput adunan besar duit 5 kupang, tekan dengan garpu bagi ada corak.
Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25-30minit atau hingga masak. Ikut oven masing-masing.
Lepas biskut masak, pandai-pandailah lorek biscoff spread atasnya.
Tabur crumble biscoff.
Kredit: Nor Azila Abd Raub
Memang Sedap Biskut Putar Venetian, Boleh Letak ‘Inti’ Ikut Suka Hati
Biscoff Butter Cookies Rangup & Berkrim, Memang Kegemaran Ramai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Buah 3 Bahan. Rasa Sedap & Mudah Buat.

Isi Kandungan
ToggleSuka makan kek buah? Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan, Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm dried mix fruit (buah campuran kering)
- 1 cawan jus oren (minute maid)
- 1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.)
4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.)
5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Aley Arif
Klik DISINI untuk posting asal resipi diatas.
Nak cari PERIUK KUKUSAN baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak. Sedap, Mudah & Buka Selera.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Ni snek paling sekejap buatnya. Rangup dan manis dengan badam, kuaci dan bijan bersama tepung florenta memang laris kalau buat jualan ni. Kraap…krupp mengunyahnya.
Badam dan kuaci dibakar dulu. Kemudian dah sejuk baru gaul dengan tepung florenta. Kalau takde tepung ni tak sempurna bepang badam ni.
Tepung florenta ni harganya mahal sikit sebab itu lah dijual dalam gram. 500gm kat hampirr RM19 harganya. Tepung atau serbuk ni lah yang melekatkan hirisan badam, kuaci dan bijan tu.
Jom cuba resipi yang dikongsikan di laman FB : Masa apa ye ?. Tapi ingat masa buat ni jangan leka sebab ia cepat masak.Ok ni resepinya:
CRUNCHY CARAMEL ALMOND
BAHAN-BAHAN :
- 500gm serbuk @ tepung florenta
- 500gm hirisan badam
- 200gm kuaci hijau (biji labu)
- 100gm kuaci putih ( biji bunga matahari)
- 20gm bijan putih
- 20gm bijan hitam
*Gunakan kertas cup cake yang licin dalamnya, size L (ada lapisan plastic biasanya bercorak polka dot. Boleh guna 60 keping.Senang nanti boleh isi banyak-banyak dulu.
CARA MEMASAK :
- Bakar hirisan badam dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.
- Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dalam dulang dalam 5minit.
- Bijan hitam dan putih pun saya bakar 3 minit bagi wangi.
- Sejukkan semua betul-betul dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.

5. Gaul sehingga sama rata.
6. Sudukan guna sudu besar ke dalam kertas cup cake ratakan. Tak nipis dan tak terlalu tebal
7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, jadi bakar yangg pertama tu rajin-rajin tengok, bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Kertas cup cake boleh guna semula untuk round seterusnya.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
10. Selesai semua boleh simpan dan guna semula kertas cup cake tu..

Buat jualan untuk puasa nanti, pasti laku keras…
Sumber : FB : Masak apa ye ?
Koleksi Resipi Biskut Raya Yang Boleh Buat Guna Coklat. Mudah & Sedap!

Biskut raya yang bakal menjadi rebutan kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan manis, gabungan coklat dalam biskut dilihat sangat menyelerakan! Jom cuba. Pasti raya anda nanti jadi lebih meriah.
1. SAMPERIT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 150gm mentega
- 80gm gula aising
- 80gm tepung kastard
- 125gm tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- 3 sudu makan serbuk koko
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit coklat urai |untuk hiasan
- Sedikit coklat masakan |dicairkan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan kesemua jenis tepung dan uli hingga sebati.
- Canai adunan nipis dan potong memanjang.
- Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit dan sejukkan.
- Apabila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dan taburkan dengan coklat urai.
2. BISKUT NESTUM RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 80gm gula perang
- 125gm mentega
- 180gm tepung gandum
- 20gm nestum
- 50gm chocolate chip
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 biji telur
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli adunan hingga sebati.
- Masukkan doh ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi bulat.
- Susun di dalam loyang pembakar yang sudah dilapikkan dengan kertas minyak.
- Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit. Sejukkan.
- Apabila sejuk, paipkan dengan coklat masakan di atasnya dan biarkan sejuk.
3. BISKUT HATI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 150gm mentega
- 60gm gula aising
- 125gm tepung gandum
- 80gm tepung jagung
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 biji telur
- 1 bar coklat masakan
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh pewarna kuning
- Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Satukan mentega bersama gula aising dan pukul hingga kembang.
- Masukkan telur bersama esen vanila. Kacau sebati.
- Masukkan susu tepung bersama tepung kemudian pukul lagi hingga menjadi adunan.
- Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Susun di atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
- Cairkan coklat masakan secara ‘double boiler’ dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat. Sejukkan.
Info Chef: Pastikan biskut disejukkan terlebih dahulu selepas dibakar kemudian barulah dicelupkan ke dalam coklat masakan.
4. COCO CRUNCH BERSALUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bijirin coco crunch
- 150gm bubble rice
- 1 bar coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
- Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
- Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
- Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
5. LIDAH KUCING COKLAT KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 170gm gula kastor
- 100ml putih telur
- 170gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- 30gm serbuk koko
- 1/4 sudu makan emplex
- 1 sudu teh coklat emelco
- Sedikit keju cheedar |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung, serbuk koko dan juga emplex. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.
- Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaul hingga rata.
- Masukkan campuran tepung dan gaul sekali lagi hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Taburkan keju cheddar di atasnya.
- Bakar dalam ketuhar ada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
Info Chef: Adunan lebih mudah dimasukkan ke dalam beg piping dan kemudian dipaipkan ke dalam acuan lidah kucing.
6. PRETZEL COKLAT MINI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 120gm gula aising
- 100ml telur
- 50ml susu UHT
- 10 gula kastor |yang telah di gaul dengan vanilla
- 450gm tepung
- 10gm serbuk koko
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk badam |untuk hiasan
- Sedikit coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula aising dan telur hingga kembang.
- Kemudian masukkan susu UHT, gula kastor, tepung dan juga serbuk koko.
- Gaulkan hingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi seperti pretzel.
- Bakar pada suhu 150 selama 15 minit dan sejukkan.
- Celupkan dalam coklat yang telah di cairkan menggunakan kaedah double boiler, kemudian taburkan dengan serbuk badam.
7. BISKUT COKLAT CIP
BAHAN A:
- 30gm gula castor
- 120gm gula perang
- 120gm mentega
- 125ml minyak jagung
- 1 biji telur gred B
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh susu segar
- ½ sudu teh esen vanila
BAHAN B:
- 240gm tepung gandum |diayak
- 3 sudu teh serbuk koko |diayak
- 3 sudu teh tepung jagung |diayak
- ½ sudu teh tartar krim |diayak
- ½ sudu teh soda bikarbonat |diayak
- 120gm badam
- 200gm coklat chip
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dengan spatula.
- Kemudian masukkan badam dan juga coklat chip. Sebatikan.
- Sudukan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan kertas minyak.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 20 minit.
Info Chef: Jika tidak sukakan badam, anda boleh juga menggantikannya dengan walnut atau jenis kekacang lain yang menjadi kesukaan anda.
8. BISKUT BADAM SALJI
BAHAN A:
- 250gm mentega
- 150gm gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 50gm sebuk badam
BAHAN B:
- 350gm tepung red rose
- 50gm tepung kastard
- 50gm tepung susu
- 40gm tepung jagung
- Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
- Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
- Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
- Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
- Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
- Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.
9. BISKUT SYILING COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 170gm gula kastor
- 100gm putih telur
- 170gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- 30gm serbuk koko
- 1/4 sudu teh emplex
- 1 sudu teh coklat emelco
- Sedikit coklat chip |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama serbuk koko dan emplex. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukan putih telur sedikit demi sedikit.
- Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaulkan hingga rata.
- Masukkan campuran tepung dan gaulkan sekali lagi hingga sebati.
- Masukkan ke dalam beg piping dan paipkan di atas acuan khas. Taburkan coklat cip di atasnya.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.
10. COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm coklat susu compound
- 50gm pes kacang hazel
- Badam jejari secukupnya |dipanggang
CARA MEMASAK:
- Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
- Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
- Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.
Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.