Almond Biscoff Crunchy Dengan Rasa Rangup Badam & Wangi Biscoff Memang Jadi Rebutan

Share

Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Sempat lagi nak membuat biskut raya ni. Boleh  juga bawa pulang ke kampung nanti. Sedapnya Biscoff almond crunchy, rangup-rangup badam, wangi biscoff gerenti tak cukup satu.

Almond Biscoff Crunchy

Bahan-bahan:

500gm mentega

60gm shortening

300gm gula perang

2 biji telur

1/2 cawan minyak jagung

200gm biscoff spread

Adun sebati dalam volume slow

 

Campur

100gm tepung jagung

150gm nestum kisar kasar

1 sudu besar emplek

1 sudu besar baking powder

1 sudu besar cream of tartar

1 sudu besar soda bikarbonat

60gm susu tepung (nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa)

500gm tepung gandum

300gm badam nibs (sangai dulu, bagi rangup)

200gm butterscotch coklat cip

250gm biscoff crumble

Adun hingga sebati.

Jemput adunan besar duit 5 kupang, tekan dengan garpu bagi ada corak.

Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25-30minit atau hingga masak. Ikut oven masing-masing.

Lepas biskut masak, pandai-pandailah lorek biscoff spread atasnya.

Tabur crumble biscoff.

Kredit: Nor Azila Abd Raub

Published by
Putri