13 Jenis Resipi Viral Yang Boleh Di Buat Guna Roti Putih Biasa Jer!

Share

Roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti, berikut 13 resipi yang viral sesuai dijadikan hidangan pagi, tengahari dan malam. Selamat mencuba!

 

1. KARIPAP ROTI SEDAP DAN SEMPOI

BAHAN-BAHAN:

  • Roti gardenia (berapa keping korang nak)
  • Inti (resepi ni guna inti karipap)
  • Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)
  • Air

*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam

CARA MEMASAK:

  1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu
  2. Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim
  3. lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge’gam’ kan dia
  4. letak inti kat tengah2 roti tadi
  5. Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.
  6. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.
  7. Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.
  8. So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.
  9. eh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.
  10. Siap. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap

Kredit: Canteq.blogspot

 

2. CUCUR ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
  • 2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
  • 1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
  • Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
  2. Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana
  3. Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.

Kredit: mamaqaireen.com

 

3. ROTI KAYA GORENG BUTTER

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 4-5 keping roti putih
  • kaya secukupnya
  • 1sm susu cair @ segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • sedikit butter
  • sedikit gula icing

CARA MEMASAK:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.

 

4. ROTI GORENG SOSEJ

BAHAN-BAHAN:

  • Roti keping (terpulang jenama apa tapi saya guna Gardenia)
  • Sosej
  • Telur
  • Secubit garam dan gula
  • Sedikit tepung gandum/tepung beras
  • Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
  • Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

CARA MEMASAK:

  1. Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak.
  2. Tips: Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untukmengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan jugamengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.
  3. Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.
  4. Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
  5. Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.

 

 

5. ROTI TELUR CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti
  • Telur
  • Keju

CARA MEMASAK:

  1. Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
  2. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.
  3. Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang

 

6. MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH

BAHAN-BAHAN:

  • 12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
  • 3 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh esen vanilla
  • 3 batang sosej
  • Cheese mozarella

CARA MEMASAK:

  1. Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
  2. Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis
  3. Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
  4. Masukkan sosej dan cheese
  5. Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
  6. Pukul menggunakan wisker hingga sebati.
  7. Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
  8. Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit

Kredit: resepicikguani.blogspot.my

7. ROTI EPAL PIE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti putih
  • Minyak untuk goreng

Inti:- untuk 8-10 pie

  • 3 biji green apple
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 sudu tepung jagung/tepung gandum
  • 1 sudu butter
  • 1/2 sudu teh cinnamon powder
  • Secubit garam

Gam:
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan 2 sudu air

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kulit apple
  2. Belah 6.Buang tengahnya yang keras & potong dadu
  3. Panaskan pan & masukkan apple,cinnamon powder,butter,garam & kacau hingga gula cair.
  4. Bila apple dah nampak kecut & mendidih,taburkan tepung gandum.Jika guna tepung jagung lebih cantik.
  5. Tutup api & biarkan sejuk.
  6. Stimkan roti supaya tidak terlalu menyerap minyak bila digoreng.Kemudian gelek hingga nipis. **my mom just letak tapis atas rice cooker masa nasi tengah mendidih & stim roti sekejap sahaja.
  7. Isi inti memanjang atas roti yang sudah digelek.
  8. Sapu gam tepung gandum sebelum melipat.Tekan supaya melekat & potong kulit roti supaya kemas
  9. Buat hingga selesai.
    ***Jika nak bawa bekal esok.simpan dalam peti ais & goreng esok pagi la.
  10. Goreng dalam minyak panas hingga golden brown & tos atas kitchen towel.surve panas2.yummy..!!!

Kredit: namakucell.blogspot.my

 

8. ROTI TELUR CHEESE

Bahan-bahan sekeping roti telur cheese:

  • 1 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1 keping sosej.Dihiris nipis
  • sedikit mix herbs
  • sedikit white pepper
  • keju
  • aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.

CARA MEMASAK:

  1. Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.
  2. Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.
  3. Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi
  4. Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.

 

9. ROTI JOHN

BAHAN-BAHAN:

  1. 6 keping roti gardenia
  2. 3 biji telur
  3. 2 keping daging burger
  4. Segenggam kubis hiris nipis
  5. Daun bawang
  6. Daun sup
  7. Bawang besar (setengah bji potog dadu)
  8. Cili besar (ikut suka nak banyak mana)
  9. Halia(sikit je)
  10. Perasa.(gula/garam)

Untuk topping boleh letak Cheese, Sos Cili, Timun, Tomato, ikut kreativiti masing masing.

  1. Daging burger di potong kasar.
  2. Kacau bersama dengan telur biar sekata.
  3. Campurkan semua bahan sayuran tadi.
  4. Tuangkan semua sekali ke dalam pan tadi. Ratakan semua bahan.
  5. Susun lapisan Cheese. .lagi banyak lagi sedap tau.
  6. Tutup dengan roti di atas Cheese tadi.
  7. Terbalikkan pan & taruk sos n mayo
  8. Lipatkan roti tadi.

Kredit: FB Haz Anna Hasan

 

 

10. LASAGNA ROTI

BAHAN-BAHAN:

•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili & tomato
• salt & pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese

CARA MEMASAK:

1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
2. Masukkan sos cili dan tomato,salt dan pepper dan mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese. Ulang semula dari roti, buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit.

 

11. PIZA ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku roti
  • Tomato puri
  • Cheddar cheese
  • sosej
  • cendawan butang
  • lada benggala
  • kepingan ayam | dipotong dadu
  • mozarela cheese

CARA MEMASAK:

  1. Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.
  2. Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
  3. Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
  4. Akhir sekali, taburkan mozarela cheese
  5. Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
  6. Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.

12. GARLIC BREAD

BAHAN-BAHAN:

1)1 sudu butter
2) dua keping roti
3) parsley – boleh beli yang kering dalam botol(banyak jual kat giant, tesco atau pasaraya)Parsley flakes dia tulis, bahagian rempah ratus ya.
4) yang ni ada dua optinal,korang boleh guna satu biji bawang putih
ataupun macam aku,aku dah siap beli serbuk garlic tu.

CARA MEMASAK:

  1. Ambik satu sudu butter, campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi.
  2. Bagi yang guna bawang putih.just tumbuk-tumbuk sampai hancur pastu gaul kan sekali.senangkan.lima minit pun dah boleh siap dah.
  3. 2 dan 3 lepas dah siap tu,sapu la dekat roti tu.uapa2 roti pun boleh guna.tak kisah pun.Pakai roti gardenia je pun best dah.
  4. Bakar dalam periuk ajaib je.bakar lima minit je.jadila jumlahnya 10 minit saja untuk kita buat garlic bread yang sangat simple tapi sedap ni.
  5. Garlic bread sedap dicicah bersama mushroom soup. (Boleh rujuk resepi kat wall saya sebelum ni. pernah buat dah)

 

13. BEBOLA ROTI GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 12 keping roti (plain white bread) – potong kecil
  • 2 biji telur – saiz besar
  • 3 biji cili merah – dihiris
  • sedikit daun sup/bawang – dipotong pendek
  • 1 biji bawang besar – kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 1/2 kiub perasa ikan bilis – ABM guna perasa ayam
  • 3 sudu besar mayonis – ABM tambah
  • 2 keping fishcake – dihiris kecil (ABM tambah)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
  3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
  4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

 

Kredit: Nisak Abu Hasan

Published by
Mastura Abu Kassim