Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat mudah didapati di negara ini. Namun dikatakan bayam ini sendiri berasal dari Amerika tropika namun sekarang ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Terdapat dua jenis bayam yang sangat popular di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Biasanya sayur ini hanya dimasak tumis air sahaja. Namun, sebenarnya banyak lagi hidangan enak yang kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini. Sebagai contoh, dijadikan inti untuk pastri, pesto untuk hidangan piza dan pasta, ditambah ke dalam proses penghasilan mi sayur dan banyak lagi. Semuanya enak!

Khas buat anda yang nak kurus, kulit cantik, lambat nyanyuk dan mata terang benderang, amalkanlah makan sayur bayam. Ini kerana bayam juga terkenal sebagai sayuran yang mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal, meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit dan banyak lagi.

Selain itu sayur ini juga mengandung perbagai kandungan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh. Bayam merupakan sumber vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, kalsium dan sebagainya. Bayam juga rendah kalori. Hal ini menjadikan ayam sebagai salah satu makanan yang bernutrisi lengkap. Antara manfaat bayam yang menakjubkan bagi kesihatan tubuh ialah:

1. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori.

2. Memberikan zat pada tulang dan sendi.

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

3. Menjaga kesihatan organ pencernaan.

4. Mengurangi risiko terserang kardiovaskular.

5. Mencegah anemia.

Ads

6. Menyihatkan kulit.

7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit.

8. Membantu melawan sel kanser.

9. Penglihatan yang lebih baik

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

10. Sumber anti-inflamasi

11. Jantung lebih sihat.

12. Menurunkan tekanan darah tinggi.

13. Membantu mencegah diabetes.

Nak cuba masak bayam versi selain tumis air? Jom lihat resipi-resipi yang RASA sediakan.

1. LEMPENG BAYAM

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3gm bayam hijau |dicincang halus
  • 150gm tepung gandum serba guna
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  •  ¼ sudu teh garam
  • 1 biji telur |dipukul
  • 200ml susu segar
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas berasingan, satukan telur, susu dan minyak masak dan tuang ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati dan masukkan bayam yang telah dicincang. Gaul hingga adunan sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali leper dengan api sederhana dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Tuang sedikit adunan membentuk bulat leper. Biar sehingga bahagian tepi pankek kering dan ada gelembung udara, terbalikkan pankek dan biar sehingga perang kedua-dua permukaan pankek.
  4. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Sedia dihidangkan suam.

Info chef: Sesuai dijadikan sandwic berinti hidangan pagi.  Boleh dihidangkan bersama madu dan mentega atau sosej dan sos.

2. BAYAM KACANG KUDA

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

BAHAN-BAHAN:

  • 70gm bayam hijau  |potong kasar
  • 2 cawan kacang kuda
  • 1 biji bawang besar |cincang
  • 2 ulas bawang putih |cincang
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 150gm sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh jus lemon
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kacang kuda bersama air di dalam periuk hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar dan putih dengan minyak zaitun hingga layu dan terbit wangi.
  3. Masukkan puri tomato, oregano dan kacang kuda yang sudah dimasak tadi ke dalam bahan yang ditumis tadi dan kacau sekata sehingga sos mula memekat.
  4. Setelah itu masukkan bayam dan kacau lebih kurang tujuh minit sehingga bayam masak.
  5. Akhir sekali tuang jus lemon  dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Jika inginkan kepedasan tambah sedikit serbuk cili atau emping cili.

3. TAT BAYAM DAN BAWANG

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

Ads

BAHAN KULIT TAT:

  • 230gm tepung gandum
  • 100gm mentega
  • 30ml air
  • Garam secukupnya

BAHAN INTI BAYAM:

  • 70gm bayam hijau |cincang halus
  • 1 biji bawang |cincang halus
  • 4 biji telur
  • 150gm susu segar
  • 20gm keju parmesan
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan oven dengan suhu 200 ⁰ Ketepikan.
  2. Satukan tepung, mentega dan garam. Ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seakan serbuk roti.
  3. Masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh beberapa bahagian dengan berat lebih kurang 30 gram setiap satu dan tekan pada acuan tat mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Biarkan ia di dalam peti sejuk sementara membuat inti.
  6. Untuk membuat inti: Celurkan bayam di dalam air panas hingga layu, toskan dan cincang halus. Ketepikan.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hingga layu dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan bayam dan gaul sekata. Alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
  8. Dalam bekas berasingan satukan telur dan susu dan kacau sekata. Masukkan bawang dan bayam yang ditumis tadi. Kacau sekata dan seterusnya masukkan keju parmesan.
  9. Keluarkan kulit tat daripada peti sejuk. Tuangkan ke dalam kulit tat dan bakar pada di dalam oven 35-40 minit hingga kulit tat perang dan inti masak.
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Sesuai dihidangkan suam.

Info chef: Hidangkan ketika suam untuk kesegaran rasa.

4. PARMESAN SPINACH SOUFFLE

13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

BAHAN-BAHAN:

  • 60gm bayam hijau |cincang halus
  • 60gm keju parmesan
  • 30gm mentega
  • 1 ½ sudu teh tepung gandum
  • 150ml susu segar
  • 3 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
  • 2 sudu makan serbuk roti

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega di dalam kuali menggunakan api sederhana dan masukkan tepung gandum. Biarkan sehingga berbuih dan setelah itu masukkan susu. Gaul sebati hingga pekat.
  2. Masukkan pula bayam dan kacau hingga bayam layu dan alihkan dari api. Biarkan sejuk sedikit.
  3. Kemudian masukkan keju parmesan dan gaul sebati. Masukkan kuning telur dan gaul hingga adunan sebati.
  4. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan putih telur ke dalam adunan tadi dan kaup balik putih telur di dalam adunan tersebut. Ketepikan.
  5. Sapu sedikit mentega pada bekas ramekin dan taburkan serbuk roti pada keliling bekas ramekin.
  6. Tuang adunan ¾ penuh ke dalam bekas.
  7. Bakar dengan suhu 200⁰C selama 25 minit hingga permukaan atasnya perang keemasan.
  8. Sesuai dihidangkan suam.

Info chef: soufflé bayam lebih sesuai dihidang suam untuk rasa yang lebih lembut dan gebu. Taburkan sedikit keju parmesan di atas soufflé bayam semasa menghidang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI