Ini cara mudah nak buat lasagna. Sedap tak payah susah-susah pakai kepingan lasagna, kita guna roti keping saja.Sedap dimakan panas-panas.Boleh buat untuk minum petang nanti.
LASAGNA ROTI
Bahan-bahan:
12 keping roti
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
300gm daging/ayam cincang
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
4 sudu sos lada hitam
1 cekak daun sup (dihiris)
1 biji cili besar (dihiris)
3 biji telur
200ml susu segar
8 keping keju slice
1 cawan keju mozzarella (diparut)
Garam, gula & serbuk perasa
Cara memasak:( inti daging)
1.Panaskan minyak kemudian tumis bawang-bawang tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
2.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3.Masukkan segala jenis sos dan sedikit air.
4.Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.
5.Masukkan daun sup dan cili.Masak sehingga daging masak dan kering.
6.Angkat inti daging dan sejukkan.Ketepikan.
Cara membuat lasagna:
1.Sapukan keseluruhan loyang dengan marjerin atau mentega
2.Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3.Celup roti ke dalam adunan susu tadi dan susun ke dalam loyang sehingga penuh.
4.Tuang separuh inti ke atas roti dan ratakan.
5.Susun kepingan keju slice ke atas inti daging tadi.
6.Ulangi langkah mencelup dan susun roti tadi serta tambah lagi satu lapisan into.
7.Akhir sekali, taburkan parutan keju mozzarella di atas lapisan paling atas sekali.
8.Jika ada lebihan bancuhan telur, siram di atas lapisan roti paling atas tadi.
9.Bakar pada suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga masak.Bila bahagian atas nampak keperang-perangan bolehlah angkat.
Kredit: Shah Shatry