
Menu ni paling mudah untuk disediakan untuk minum petang. Kalau ada potluck untuk anak-anak pun menu ni pasti jadi kesukaan ramai. Hanya menggunakan empat bahan untuk menyediakan sandwich ini.Jomlah kita buat.
Strawberry Peanut Butter Sandwich
Bahan-bahan:
Roti Coklat kismis
Roti butterscotch
Strawberry filling
Chocolate peanut butter

*2 bungkus roti ni boleh dapat satu box sandwich tu.

Strawberry filling & chocolate peanut butter
Kredit: Syahirah Adnan
Resipi Nasi Briyani Asli Dari Pakistan Lain Dari Resipi Nasi Briyani Di Malaysia
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mini Pizza Budget 10 Keping Cukup Untuk Satu Famili

Mini pizza ringkas dan gebu sesuai selera satu keluarga. Buat sendiri dengan sosej kegemaran anak-anak dan boleh tambah bahan kegemaran anda.
MINI PIZZA BUDGET
BAHAN-BAHAN DOH:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air suam*
- 1 sudu besar yis mauripan*
- 1/2 sudu kecil gula*
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN TOPING:
- Cili sos/tomato sos
- 7 batang sosej (dihiris)
- Sedikit bawang besar cincang
- Mayonis
CARA MEMASAK:
- Larutkn bahan bertanda * hingga kembang.
- Gaulkan tepung gandum, garam, minyak bersama air yis tadi. Gaulkan dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Kalau doh masih lembik masukkn extra tepung gandum sedikit-sedikit dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Perap doh hingga naik dan kembang. Bila doh sudah naik bahagikan kepada 10 bahagian dan canai nipis.
- Cucuk dengan grafu permukaan doh dan sapu sedikit minyak.
- Letakkan sos dan taburkan sedikit bawang dan susun sosej.
- Perap 20minit hingga kembang.
- Bakar suhu 160°c 25 minot atau hingga masak
- Sudah masak paipkan mayonis.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Raja Zulaida Raja Kamal
Aneka Jenis Roti Lembut, Segar & Unik. Boleh Cuba Buat Sendiri!

Pasti ramai dalam kalangan anda yang gemar makan roti. Jadi, jika ada peluang pasti anda ingin mencuba membuatnya sendiri. Maklumlah, roti yang dibakar segar pasti lebih sedap dinikmati. Selain itu, kini anda boleh membuat pelbagai jenis roti yang unik yang mungkin tidak pernah anda bayangkan dapat membuatnya sendiri. Yang lebih penting, roti itu lebih menyihatkan. Cuba ya!
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 20gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 120gm Serat gandum kasar
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
- Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
- Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 50gm Serat Gandum kasar
- 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
- Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 250gm Air sejuk
- 30gm serbuk teh hijau
- 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
- Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
- Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
- Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
- 150gm Oat
- 100gm Madu
- Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
- Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 30gm Black Charcoal Powder
- 20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Sharizat, Golden Republic
Roti Parker House Rolls Gebu Untuk Sarapan

Parker House Rolls inilah nama roti yang buat semalam. Dah banyak kali buat roti ni sebab makan roti ini puasnya tak terkata. Garing di luar dan dalamnya sangat lembut. Bau pula tak usah cakap lah. Bau thyme dengan parsli memang semerbak satu rumah.
Kak Yan dapat resipi ini dekat amandafredickson.com. Selalunya guna butter tapi kali ni Kak Yan tukar guna planta. Sedap lagi rupanya.
Bahan-bahan:
8 sudu besar planta
3 sudu besar gula
1 1/4 cawan susu segar
1 paket yis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu teh thyme
Daun parsli
Secubit garam
Cara memasak:
1.Cairkan planta bersama gula dan susu segar.
2.Agak-agak planta cair dan suhu ala-ala suam kuku, masukkan yis. Biarkan dalam 5 minit.
3.Kalau dah nampak ada buih, alihkan campuran tadi ke dalam mixer dan campurkan tepung gandum.
4.Uli dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur.
5.Kuatkan kelajuan dan uli sampai lembut. Boleh tambah sikit tepung lagi kalau lembut.
6.Masukkan thyme dan secubit garam. Uli rata dan biarkan ia naik. Ikut suhu lah berapa lama.
7.Dah naik dalam 2 ke 3 kali ganda, tumbuk buang angin dan bulat-bulatkan.
8.Susun dalam loyang.
9.Sapukan planta lagi dekat atas loyang dan tabur parsli dan thyme.
10.Biarkan dalam 30 minit dan kemudian bakar hingga kekuningan.
Kredit:@azianhasan
Kek Ogura Roselle Tanpa Pewarna Tiruan, Merah Asli Dari Roselle





