Bebola kentang senang sangat membuatnya dan enak dimakan begitu saja.Nak cicah dengan mayonis campur sos cili pun boleh.Gerenti bertambah sedap. Sesuai untuk buat juadah minum petang.
BEBOLA KENTANG
BAHAN-BAHAN:
8 biji ubi kentang
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1.Rebus kentang sehingga betul-betul empuk.
2.Lenyek kentang sampai betul-betul lumat dan hancur.
3.Letak tepung jagung dan garam,gaul sebati.
4.Ambil sedikit minyak letak di tangan ,uli kentang menjadi bulat.
5.Goreng sehingga garing.
6.Siap untuk dimakan.
Kredit: Fairuz Abu Hassan