
Masa kini nak menjimatkan penggunaan minyak masak, bolehlah masak secara kukus atau menggunakan air fryer. Lebih ringkas dan tidak mengotorkan dapur.Jom masak cencaru sumbat sambal ni guna air fryer. Sedap bila dimakan dengan nasi panas.
Cencaru sumbat sambal
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4/5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
1 sudu gula
Cara membuat:
1.Saya blend kasar asam jawa. jangan blend sekali.Letak masa tumis pun ok. Letak air sikit saja.
2.Kemudian tumiskan kejap sebab suka rasa sambal masak.Letak minyak sikit masa tumis.Nak bagi masak cili dan bawang.

3.Dah siap tumis,sumbat dalam ikan tadi. Masukkan dalam air fryer.Sembur minyak sikit supaya ikan tak kering sangat.

4.Guna suhu 180 15 minit kemudian terbalikkan. Lagi 15 minit,nak garing lagi boleh tambah 5 minit.
Kredit: Munira Ali
Koleksi Aneka Resipi Nasi Bersama Lauk Pauk Sedap Sempena Aidiladha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Caranya Goreng Ikan Bilis Rangup & Tidak Liat

Makan nasi goreng kampung kalau tiada ikan bilis memang tidak lengkap hidangan. Dapat pula ikan bilis yang rangup memang puas hati. Bila menggoreng ikan bilis kadang jadi tak rangup. Boleh cuba petua ini untuk hasil yang lebih memuaskan. Simpan buat stok dan letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.
IKAN BILIS RANGUP

Cara memasak:

1.Cuci ikan bilis dan tapis hingga betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak, cuci siap-siap.Ada yang tak cuci kerana takut ikan bilis jadi liat. Seeloknya cuci dulu.

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap.

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

4. Gaul cuka dan ikan bilis hingga sebati. Saya gaul guna tangan.
5. Panaskan minyak, hingga betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

6.Dah garing, angkat dan toskan minyak.

7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Kredit: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Biasanya bila sebut menu sardin ni, mesti asyik masak sardin tumis, gulai dan goreng.
Apa kata kali ini, kita cuba menu baru dengan menggunakan sardin ala-ala fusion. Mudah dan sedap tau!
IKAN SARDIN PERCIK

BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak – beli online di sini
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
½ helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar – beli online di sini
4 ulas bawang merah | kisar – beli online di sini
2 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
2 cm halia | kisar
2 biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
5. Kacau hingga kuah pekat.
6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
SARDIN TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
½ biji buah tomato | dadu halus
½ biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah kuah kering, tutup api.
7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
12. Angkat dan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Nak Buat Mee Celup Sedap Sama Seperti Di Kedai, Boleh Cuba Resipi Ini!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Menu Berbuka Mudah & Sedap

Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA

BAHAN-BAHAN:
5-6 keping ikan tenggiri
1/2 kotak kecil santan – beli online disini
2 hiris lengkuas
1 batang serai
1 helai daun salam
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
1½ cawan air
BAHAN KISAR:
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
2 biji buah keras – beli online disini
2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.

2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.


5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.

7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

