Cencaru Sumbat Sambal Ni Masak Guna Air Fryer, Mudah & Sedap

Share

Masa kini nak menjimatkan penggunaan minyak masak, bolehlah masak secara kukus atau menggunakan air fryer. Lebih ringkas dan tidak mengotorkan dapur.Jom masak cencaru sumbat sambal ni guna air fryer. Sedap bila dimakan dengan nasi panas.

Cencaru sumbat sambal

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih

2 tangkai cili besar

4/5 tangkai cili api

Belacan sikit

Cukup rasa

Asam jawa

1 sudu gula

Cara membuat:

1.Saya blend kasar asam jawa. jangan blend sekali.Letak masa tumis pun ok. Letak air sikit saja.

2.Kemudian tumiskan kejap sebab suka rasa sambal masak.Letak minyak sikit  masa tumis.Nak bagi masak cili dan bawang.

3.Dah siap tumis,sumbat dalam ikan tadi. Masukkan dalam air fryer.Sembur minyak sikit supaya ikan tak kering sangat.

4.Guna suhu 180 15  minit kemudian terbalikkan. Lagi 15 minit,nak garing lagi boleh tambah 5 minit.

Kredit: Munira Ali

Published by
Putri