
Siapa yang suka makan kerabu boleh cuba kerabu pucuk daun kari. Sesekali menikmati kerabu lain dari kebiasaan memang boleh bertambah makan. Korang yang ada pokok daun kari di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan dengan nasi panas-panas dan kuah gulai pasti tak pandang lauk lain.
KERABU PUCUK DAUN KARI

Bahan-bahan:
Kelapa parut
8 biji Cabai melaka (cili) anggaran – nak pedas letak lebih
Cabai besar (Cili merah)
Air asam jawa
Belacan sikit (bagi yang suka,tak masuk pun tak apa)
(Blend semua bahan di atas)

Cara membuat:
1.Isi ikan,udang(direbus asing-asing)
2.Kerisek,garam,cukup rasa sedikit.
3.Bawang besar dihiris/potong nipis

4.Daun kari dileraikan ramas,gaul rendam dgn air garam( dalam 15minit) untuk buang bau.

5.Bilas dan tapis daun kari.Gaulkan dengan semua bahan di atas.
Kredit: Nurul Nadzirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak
Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap

Kecur liur bila tengok macam macam jenis kerabu. Tambah berselera bila adanya kerabu dalam hidangan. Sebenarnya telur ikan pun boleh dibuat kerabu. Kedengaran pelik tapi sekali rasa pasti nak lagi. Berikut min kongsikan enam resipi kerabu paling unik dan terlajak sedap.

Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk isi udang
3 biji tomato hijau
2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar)
3 sudu makan santan pekat
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerah-merahan.
2. Potong tomato kecil-kecil.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
4. Gaulkan supaya sebati dan rata.
Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan diperlukan:
500 g telur ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 helai daun kunyit (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili hijau (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat telur ikan dan potong kecil.
4. Hiris daun kunyit halus-halus.
5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.
Sedia dihidangkan

Bahan-bahan diperlukan:
15 biji terung telunjuk
1 biji cili merah
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan kerisik
½ cawan pati santan
4 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk.
3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata.
Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk kupang
1 mangkuk kecil tauge
2 biji tomato (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
8 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan ditumbuk halus bersama)
½ cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan rebuskan kupang dengan sedikit garam. Kemudian tuskan.
2. Buangkan akar tauge dan basuh.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan diperlukan:
2 biji peria katak
1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan santan
2 sudu makan jus limau kesturi
2 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api dan belacan ditumbuk bersama)
Cara menyediakan dan memasak:
1. Belah dua peria katak dan buangkan biji di tengahnya. Kemudian hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan diperlukan:
1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Masak Kerabu Daging Thai Ikut Resipi Ni. Sedap Macam Di Restoran

Masih ada daging dalam peti sejuk? Boleh cuba resipi Kerabu Daging Thai yang sangat sedap ni. Menurut empunya resipi, menu ini ada rasa sedikit pedas, masam, sedikit manis dan tidak muak. Sesuai sangat untuk ratah-ratah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ini! Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI KERABU DAGING THAI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
350gm daging batang pinang
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
CARA PERAP:
1.Perapkan daging dengan bahan-bahan di atas selama 1/2 jam.
2. Bakar hingga masak (boleh guna airfyer) kemudian hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 biji bawang besar **
2 batang serai **
1 biji tomato **
3 -4 biji cili padi **
Daun ketumbar – dihiris kasar
1 biji mangga muda – disagat
BAHAN SOS (DIGAUL RATA):
2 sudu besar sos ikan – beli online disini
1 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar gula thai – beli online disini
1 biji limau nipis (ambil jus)
CARA MEMASAK:
1.Hiris bahan-bahan bertanda (**) dan masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata bersama dengan mangga muda yang disagat.
2. Masukkan pula daging yang tadi dan tuangkan bahan-bahan sos tadi. Gaul hingga rata. Taburkan daun ketumbar.
3. Perapkan seketika sebelum dihidangkan dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
8 Lauk Pauk Sesuai Untuk Dihidangan Kepada Tetamu

Kalau korang rasa tak tau nak masak apa sepanjang minggu ni, apa kata korang cuba lapan menu yang dikongsikan oleh Puan Ros dari Rose katering. Katanya ini menu ringkas sesuai sebagai hidangkan makan tengahari atau malam jika ada tetamu datang bertandang. Jadinya korang boleh rancang siap-siap. Kan senang.

DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
- 1 cawan kicap pekat manis
- 1 sudu makan kerisik
Bahan Kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 batang serai
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2cm lengkuas
- 2.5 halia
Bahan Sangai dan Kisar:
- 2 Ssudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntuk bunga cengkih
- 3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
- Sedia dihidangkan.

PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
- 500ml santan pekat
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 biji bawang putih | kisar
- 2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
- 1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
- 1 sudu makan udang kering | kisar
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
- 1kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2.5cm kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
- Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
- Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
- Pajeri sedia dihidangkan.

ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan jeruk buah-buahan campur
- 1 sudu makan serbuk kari daging
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan puri tomato
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2.5cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
- Kemudian masaukkan bahan kisar, kacau hingga wangi.
- Seterusnya asukan puri tomato bersama serbuk kari dan kacau seketika.
- Selepas itu, masukan jeruk campur dan kacau hingga rata.
- Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
- Kecilkan api, dan kacau hingga kuah pekat lebih kurang tiga minit.
- Angkat dan hidangkan.

KARI AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
- 500ml santan
- 4 sudu makan rempah kari daging
- 2 biji kentang | belah empat
- 2 cawan santan
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2.5cm inci halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
- Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
- Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kari daging sedia dihidangkan.

KERABU PERUT BERSAMA TAUGE
BAHAN-BAHAN:
- 500gm perut | cuci bersih
- 150gm tauge | buang ekor
- 3/4 cawan pati santan
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh lada serbuk lada hitam
- 1 biji limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
- 2 biji bawang besar
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 1 batang serai
- 2 helai daun limau purut muda
CARA MEMASAK:
- Perut yang telah direbus hendaklah dihiris memanjang dan toskannya.
- Seterusnya masukkan perut di dalam mangkuk bersama bahan hirisan yang lain.
- Tambahkan dengan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata, kemudian perahkan jus limau nipis.
- Gaul lagi sehingga rasa masamnya sekata.
- Kerabu sedia dihidangkan.

DAGING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris, cuci dan tos
- 250ml susu cair
- 150gm puri tomata
- 4 sudu makan rempah briani | bancuh dengan sedikit air
- 3 sudu makan serbuk badam
- 3 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/2cawan bawang goreng
- 3 biji tomato | potong dadu
- 3 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 4cm halia
- 5 biji cili hijau
- 3 biji cili merah
BAHAN PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging bersama bahan kisar, perap sekurang-kurangnya satu jam dan simpan dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak, kemudian masukkan minyak sapi.
- Tumis bahan penumis hingga wangi, masukkan rempah briani, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging, puri tomato, kacau hingga air daging keluar.
- Biarkan mereneh sehingga air daging kering. Baru masukkan susu cair, puri tomato dan bawang goreng.
- Setelah mendidih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah briani timbul minyak, tutup api.
- Daging Briani sedia dihidangkan.

AYAM PERCIK SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana
- 1 cawan santan pekat
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- 3cm kunyit hidup
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
- Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
- Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Keluarkan ayam dan ketepikan.
- Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
- Tutup api dan ketepikan.
- Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
- Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
- Sedia dihidangkan.

GULAI IKAN MASIN BERSAMA TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg Ikan Masin Talang | potong dan rendam
- 2 biji terung bulat | belah empat
- 2 biji cili hijau | potong dua
- 2 biji cili merah | potong dua
- 1 biji tomato | belah empat
- 500ml santan
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1/2 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis:
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar | kisar
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia
BAHAN TUMIS:
- 5 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 sudu makan halba campur
- 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata.
- Seterusnya masukkan pula rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan santan, dikuti dengan ikan masin.
- Setelah mendidih masukkan terung.
- Jika kurang masin tambah garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi.
- Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, hijau dan tomato.
- Gulai sedia dihidangkan.



2. Masukkan pula daging yang tadi dan tuangkan bahan-bahan sos tadi. Gaul hingga rata. Taburkan daun ketumbar.