Buat telur rebus nampak macam senang tapi kalau tak kena cara, telur akan jadi sukar dikupas. Kulitnya melekat hingga hasilnya telur rebus terkopek dan tak licin. Lagi masalah kalau perlu mengupas telur dalam jumlah yang banyak.

Supaya tak berdepan masalah begini terutama bagi peniaga makanan boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Chef Hazif Fizzainal. Menurutnya jika menggunakan cara ini untuk kupas 1500 biji pun tiada masalah, 2 jam saja dan setel.

4 cara rebus telur supaya mudah dikupas

1500 Telur Siap Kupas Cuma 2 Jam! Chef Kongsi Cara Rebus Telur Mudah Kupas

 

Ads

 

Ada terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus. Jangan risau tip ini boleh memudahkan kawan-kawan dan peniaga di luar sana. Nak kupas 1500 biji telur pun tiada masalah, hanya ambil masa 2 jam saja jika telur dimasak dengan cara ini.

Jom saya share 4 cara rebus telur supaya mudah dikupas.

1.Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masukkan garam. Insya-Allah telur mudah dikupas.

2.Atau boleh juga rebus telur dalam suhu didih 100’c dan tuang sedikit minyak masak.

Ads

3.Boleh juga gunakan stimer. Susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.

4.Satu lagi cara,  sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih dan rebus telur hingga masak.

Insya-Allah telur akan senang dikupas ikut cara ini.

Ads

Selamat mencuba.

Sumber: Chef Hazif Fizzainal

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI