Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Kadang-kadang rasa baru saja dipotong, dah tumbuh balik.
Kalau dah penat potong, alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya untuk buat racun rumput ini kita perlu guna bahan dapur saja. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib
ini.Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Semoga bermanfaat
Sumber: Muhamad Najib