Waktu masih lagi PKPB ni, elok juga kita rajin-rajinkan diri buat bekal makanan ke pejabat. Tak perlulah kita kerap keluar membeli makanan untuk dimakan pada waktu rehat.

RASA berikan dua idea untuk dimasak sebagai hidangan makan tengah hari di pejabat. Resipi ini ringkas je. Bukannya kita nak makan beria-ia makan lunch di pejabat kan?

 

IKLAN

BEBOLA MI

2 Idea Buat Bekal Ke Pejabat, Tak Payah Keluar Beli Lunch

BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1 biji telur ayam
1/2 cawan isi ayam (rebus dan carik-carik)
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 cawan serbuk roti
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
2. Keluarkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk adunan. Kemudian campurkan dengan daun bayam, cili benggala dan lobak merah.
3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.

IKLAN

 

SOSEJ MI GULUNG

2 Idea Buat Bekal Ke Pejabat, Tak Payah Keluar Beli Lunch

IKLAN

BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu makan tepung ubi
5-6 biji sosej ayam (potong dua)
Lidi sate secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK
1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata.
2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi sate. Lakukannya hingga habis.
4. Panaskan minyak. Goreng koktel yang telah bersalut mi sehingga garing.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI