Asyik makan telur ayam je kan. Sesekali nak juga makan telur puyuh. Selain direbus, apa lagi agaknya resipi yang sedap untuk menikmati telur puyuh. Nah, RASA berikan dua resipi untuk anda masak telur puyuh dengan cara berbeza.

Ads

TELUR PUYUH MASAM MANIS

2 Idea Lauk Telur Puyuh Bangkitkan Selera

Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Ads

TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

2 Idea Lauk Telur Puyuh Bangkitkan Selera

Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Ads

Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI