2 Kuih Tradisional Yang Sedap & Mudah Membuatnya, Tak Rugi Cuba.

Share

Pernah dengar Kuih Sopang dan Kuih Cememek, Dulu kuih ini (Kuih Sopang popular di Negeri Sembilan dan Kuih Cememek di Perak) antara kuih wajib buat di bulan puasa atau bila ada majlis keraian. Sesuai dengan peredaran masa kuih ini semakin dilupakan. Sedangkan ia sangat sedap dan mudah membuatnya. Apa waktu cuti dan anda ada lebih masa ini, bolehlah cuba resipi warisan kita.

KUIH SOPANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung pulut
1 cawan santan cair
Secubit garam


BAHAN INTI:
1 cawan kelapa parut | putih sahaja
1/2 gula Melaka | parut
2 sudu makan gula pasair
1 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
Bahan Santan:
1 cawan santan pekat
Secubit garam.

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan inti terlebih dahulu. Campurkan gula Melaka dan gula putih dalam periuk.
  2. Tambahkan air dan daun pandan, renehkan hingga menjadi likat.
  3. Masukkan kelapa parut, gaul rata hingga sebati, kemudian taburkan sedikit tepung gandum, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
  4. Seterusnya sediakan pula doh pulut. Campurkan pulut dengan garam galus, gaul rata
  5. Tambahkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
  6. Leperkan dan isi tengahnya dengan inti, kemudian lipat doh menjadi seperti bentuk karipap kecil.
  7. Susun dalam dulang beralas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  8. Lakukan hingga habis adunan.
  9. Seterusnya sediakan kuah santan, campurkan santan pekat dengan sedikit garam, kemudian tuangkan santan di dalamnya, tetapi pastikan ia tidak meliputi doh pulut.
  10. Kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak. Tutup api.
  11. Kuih Sopang sedia dihidangkan.

KUIH CEMEMEK
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung pulut
2 cawan santan pekat
Gula perang/melaka secukupnya
Garam
Daun pisang
CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut, garam gaul rata.
  2. Tambahkan sedikit air, uli hingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk.
  3. Bentuk doh menjadi bulat seperti guli, leperkan dan tekan ditengahnya.
  4. Sediakan pinggan, lapikkan dengan pisang yang telah disapu minyak masak. Susun doh yang siap di atasnya.
  5. Atur jarang-jarang kerana ia akan mengembang bila dikukus.
  6. Letakkan gula perang atau gula melaka di lubang tengah tepung.
  7. Tuang santan pekat yang dibancuh dengan sedikit garam dan tepung di sekeliling adunan tetapi pastikan tidak melebihi paras adunan.
  8. Kukus dalam pengukus yang telah siap dipanaskan lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
  9. Setelah masak, sedia dihidangkan.

Lagi resipi berkaitan boleh dicuba:
https://www.rasa.my/tak-sangka-sedap-dodol-kukus-senang-pulak-tu-membuatnya/
https://www.rasa.my/koleh-kacang-sedap-lembut-senang-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/koleh-kacang-sedap-lembut-senang-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/teringin-makan-lepat-liat-utara-ini-cara-membuatnya/
https://www.rasa.my/terbaik-rasa-talam-keladi-berlauk-ni-tak-rugi-cuba/

Published by
webadmin