Anak-anak suka menu ayam tetapi anda sentiasa sibuk? Ini ada tip penuhi permintaan mereka dan resipinya sekali yang anda boleh cuba. Anda hanya perlu gunakan isi ayam bahagian dada kerana bahagian ini empuk dan tidak bertulang. Bahagian ini juga mudah dihiris nipis. Dengan cara ini, penyediaan bahan dan urusan memasak jadi cepat dan mudah. Dalam masa 15 minit gerenti boleh siap dan boleh makan.
Anda boleh cuba ye kerana menu ini sedap dan boleh juga dijadikan lauk untuk bersahur.
Ads
AYAM GORENG CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
PERAPAN AYAM:
- 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
HIRIS:
- 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
- 2 tangkai cili merah | hiris
- Bahan Tumis:
- 4ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3cm halia muda | hiris halus
LAIN-LAINL:
Ads
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu teh perasa ayam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.
AYAM KICAP LADA HITAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam | hiris kecil
- 50gm daun bawang
- Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
- 3 biji cili merah | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 5ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia mudah | hiris halus
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1 sudu makan soa tomato
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
- Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
- Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula
- Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
- Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI