2 Menu Daging Bertumis Ni, Sedap & Senang Masak.

Share

Korang suka daging masak ringkas dan tak perlu ambil masa lama, ini Rasa kongsikan dua resipi daging yang sedap, masak senang dan gerenti tak tunggu dapur lama. Apa lagi kalau saiz hidangannya kecil 15 minit pun boleh siap dan jamin sedap ye. Tak percaya korang kenalah cuba dulu.


.

DAGING TUMIS BEREMPAH BAWANG GORENG
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris nipis, cuci dan tos
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 1 cawan susu cair
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN TUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan simpul

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang hingga kekuningan, kemudian masukkan daun kari, kacau sekejap kemudian angkat, tos dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit lagi minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan cili kisar, tumis sekejap lagi.
  5. Kemudian tambah campuran rempah kari dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Masukkan tomato puri kacau sekejap, masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan tumisan rempah.
  7. Tambah susu cair dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
  8. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  9. Taburkan hirisan bawang dan daun kari yang digoreng tadi, kacau seketika dan tutup api. Masakan sedia dihidangkan.


.

DAGING TUMIS KERISIK
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
  • 2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
  • 2 sudu makan kerisik
  • ½ cawan kicap manis
  • 1 sudu makan hirisan gula melaka
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun pandan
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak.
2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut.
5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan.
7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.

Published by
Norasida Myasin