Ramai mak-mak kurang menyediakan menu daging untuk anak-anak dengan alasan ambik masa nak masak. Kalau ini masalahnya, jangan bimbang RASA kongsikan dua resipi daging yang mudah untuk anda cuba. Yang pasti ia tidak pedas dan mudah disediakan, gerenti anak-anak menyukainya.
DAGING LADA HITAM SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK
1. Gaulkan daging bersama halia dan bawang putih kisar halus dan perap 30 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, kacau rata hingga daging kecut.
4. Tambahkan sos tiram dan lada hitam dan gaul rata dan tunggu sehingga mendidih.
5. Masak sehingga kuah pekat dan masukkan garam, gula, perasa secukupnya.
6. Akhir sekali masuk cili banggala, gaul dan angkat.
7. Masukkan cili banggala, kacau dan angkat
STEW DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan goreng sebentar.
2. Kemudian hirisan tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun bay.
3. Masukkan tepung dan kacau rata.
4. Masukkan daging dan air secukupnya,
5. Reneh selama 1 jam sehingga daging lembut.
6. Akhir sekali, masukkan kentang dan lobak merah, garam dan gula. Masak selama 15 minit l0 minit lagi.
7. Siap dihidang.