Bila puasa  sampai ke penghujung, selera makan untuk bersahur semakin berkurangan. Apa kata anda cuba dua menu daging yang sangat sedap dan senang dimasak ini tak sampai 10 minit sudah siap. Makan dengan nasi panas memang celik mata mengantuk.

2 Menu Daging Untuk Sahur, Sedap & Cepat Dimasak!

DAGING GORENG BIJAN

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang  | hiris nipis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3cm halia muda | hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 1 biji bawang besar|  hiris
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris
  • 100gm brokoli
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
  • 1 sudu teh bijan | goreng tanpa minyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh minyak bijan

 CARA MEMMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
  3. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
  5. Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
  6. Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
  7. Sedia dihidangkan panas-panas.

 2 Menu Daging Untuk Sahur, Sedap & Cepat Dimasak!

DAGING TUMIS  DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

Ads

Bahan Perapan Daging:

  • 500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 4 sudu makan minyak masak
  • tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 tangkai cili kering | hiris halus
  • 1sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kari

Bahan Tumis:

  • 4 biji  bawang besar | buang kulit dan cincang
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • Bahan-bahan lain:
  • 1 biji cili hijau | hiris halus
  • 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya

 CARA MEMASAK:

Ads
  1. Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain. Ketepikan.
  2. Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Masukkan daun kari dan kacau seketika.
  5. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan daging yang telah diperap.
  7. Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
  9. Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
  10. Tutup api, dan hidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI