2 Menu Jerman & Russia Ilham Pensyarah Muda Sg Academy. Usia Mereka Belum Pun Cecah 30 tahun…

Share

Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.

Dari kiri : Faribusz Anak Kandau, Wan Noraini Suhada Mohamad, Mohd Aizat Sha’rani dam Nadzirah Abdul Razak

Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.

Di tengah tu dari kiri tu Min dan jurufoto Nuru Akma ,hidu aromanya

Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .

ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS

Sedap dimakan dengan Au sos

BAHAN-BAHAN :

  • 150gm daging batang pinang
  • 50gm cendawan tiram
  • 50gm cendawan butang
  • 50gm cendawan portabelo
  • 50ml minyak zaitun
  • 3 gm daun thyme | dicincang halus
  • 6 keping ayam salami
  • Garam secukup rasa

 Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :

  • 200gm tulang lembu
  • 30gm puri tomato
  • 30gm mentega
  • 30gm tepung gandum
  • 25gm lobak merah | dihiris
  • 15gm saderi | dihiris
  • 50gm bawang holland | dihiris
  • 2gm daun rosemary | dicincang halus
  • 5gm daun parsli | dicincang halus
  • 2gm daun salam | dicincang halus
  • 1 liter air

Bahan Puff pastry:

  • 400gm tepung gandum
  • 50gm mentega
  • 220ml air sejuk
  • 300gm pastri majerin

*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya

CARA MEMASAK :

1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan

2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.

3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.

4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan  bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.

5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri  serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’. 

6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.

7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.

8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api  selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .

9.  Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.

10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.

11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.

12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan:1-2 0rang

Waktu memasak: 2 jam

Cara memasak: Bakar

Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)

Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)

Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.

GERMAN SPAETZLE SAUBIAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan spaetzle :

  • 240gm tepung gandum
  • 1biji telur
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 5gm serbuk cili
  • 5gm garam
  • 5gm mentega

Bahan ditumis : 

  • 200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
  • 50gm daun parsli | dicincang halus
  • 35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
  • 30gm bawang holland | dicincang halus
  • 20gm bawang putih | dicincang halus
  • 15ml minyak zaitun
  • 3gm serbuk cili
  • 2gm daun rosemary |dicincang halus
  • 2gm thyme | dicincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 60ml susu segar
  • Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa

 CARA MEMASAK :

1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk

2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.

3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.

4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.

5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan

6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.

7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.

8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.

Saiz hidangan:1-2 orang

Waktu memasak: 25 hingga 30 minit

Cara memasak: Bakar

Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)

Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu

Anggaran kos: RM 20

Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.

TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my

 

 

Published by
Faridah Talib