Masak Lemak dan Asam Pedas memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi yang admin kongsikan ni.
1. MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu.
2. ASAM PEDAS IKAN PARI
Ads
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan pari | cuci bersih dan tos
1 biji terung bulat | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah empat
3 tangkai daun kesum | asingkan dari tangkai
150gm pes cili kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
500ml air
Air asam Jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk lada hitam, daun kesum, bunga kantan.
Diikuti pula dengan memasukkan air asam Jawa, air .
Apabila mendidih masukkan ikan pari.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Kecilkan api dan masukkan terung.
Biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat dan pecah minyak.
Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ada sesetengah orang memasukkan kerisik di dalam masakan asam pedas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda mula rasa muak dengan rendang dan masakan berlemak sepanjang minggu ini? Apa kata tukar kepada menu lebih sihat dan sangat mudah disediakan, iaitu singgang atau pindang. Ini empat resipi pindang dan singgang yang sangat sedap. Kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang umppp, berbaloilah masak. Tak percaya cuba ye.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Sos ikan atau nampla sauce adalah sejenis penambah perisa makanan yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng, kerabudan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya. Dikatakan jika lebih besar ikan yang digunakan untuk membuat sos, lebih mahal harga sos ikan tersebut.
Di pasaran, kebanyakan sos ikan yang dijual adalah produk yang diimport dari negara jiran sekaligus menimbulkan rasa was-was tentang bahan serta cara-cara penghasilannya terutamanya bagi masyarakat Islam. Oleh itu, bagi anda yang sellau menggunakan bahan ini, adalah lebih baik jika hasilkan sendiri secara homemade. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
RESIPI SOS IKAN HOMEMADE @ NAMPLA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.
Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Menu yang menjadi kegemaran serta kesukaan ramai. Masak Lemak sememangnya lauk pujaan. Jika digandingkan dengan aneka ulam-ulaman dan juga sambal belacan, mak mertua lalu pun tak perasan. Untuk hidangan ini, selain ikan talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan. Jom cuba!
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN TALANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.