Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.

2 Menu Kudapan Dari Brokoli Super Sedap, Senang & Berkhasiat.

Ads

BROKOLI GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
  2. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
  4. Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
  5. Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
  7. Angkat dan tos.
  8. Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.

2 Menu Kudapan Dari Brokoli Super Sedap, Senang & Berkhasiat.

Ads

MUFFIN BROKOLI TELUR
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit
5 biji telur
1/2 sudu teh serbuk daun Thyme
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 cawan parutan keju cheddar

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
  4. Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
  5. Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
  6. Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
  7. Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
  8. Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI