2 Menu Mudah Dan Mengenyangkan

Share

Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk. Boleh saja gantikan dengan menu mudah dan mengenyangkan untuk lapik perut sebelum tidur. Roti jala dan lempeng ini sedap dipadu dengan kari ikan dan sambal ikan bilis. Memang menyelerakan.

ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN

BAHAN-BAHAN:-

ROTI JALA

3 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI 
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam –BELI ONLINE DI SINI

CARA MEMASAK

1.Masukkan semua bahan kedalam blender dan blend sebati.
2.Tapiskan adunan menggunakan penapis santan supaya tidak berketul.
3.Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
4.Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.
5.Bakar adunan diatas kuali leper hingga garing dibawahnya.
6.Bila dah masak angkat masukkan dalam pinggan.
7.Kemudian lipat atau gulung roti jala.

Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning untuk rasa yang sedap di samping warna yang cantik kuning keemasan.

KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA

5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)

4 sudu besar rempah kari ikan

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar) -BELI  ONLINE DI SINI

1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)

8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)

3 biji tomato (belah 4) -BELI ONLINE DI SINI

4 biji cili merah

BAHAN TUMIS:

3 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 sudu halba campur

5 helai daun kari

6 sudu minyak masak

1 cawan air asam jawa (1 inci)

1 kiub pati ikan bilis -BELI ONLINE DI SINI

garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Bersihkan ikan dan diketepikan.
2.Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
3.Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari.
4.Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
5.Kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
6.Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika.
7.Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan bolehlah
dihidangkan bersama roti jala.

LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN

LEMPENG NYOQ MUDA

2 cawan tepung – (anggaran saja)

1 cawan nyoq (kelapa parut )

Air – ikut kepekatan

Sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.

2.Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.

Info chef: Untuk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pada kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.

SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan bilis (siap kopek) –
20 tangkai cili kering (dikisar) -BELI ONLINE DI SINI
3 biji bawang kecil (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya

Sedikit belacan
Air asam jawa (secukupnya)

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.

Kredit :Rozelinda Mustapha

Ada yang nak membeli blender,mixer, grinder? Boleh beli online di SINI

 

 

Published by
Putri Adila Saari