Korang semua dah tengok Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 7, memang rare menu yang dimasak oleh tetamu udangan Rozita Che Wan dan Aunty Aini ni. Apa taknya, kedua-duanya memang pakar memasak, Chef Yang Jamil memang otai. Syanie pulak terkenal sebagai selebriti pandai memasak. Memang kacanglah setakat masak untuk makan 100 orang kan.
Korang mesti tak pernah dengarkan menu Ikan Sardin Sayur Pindang, bunyi macam pelik tapi sedap tau. Kalau Ayam Masak Cuka mungkin pernah dengarkan? Yang penting dua-dua menu ni sedap sesangat dan cara memasaknya sangat senang. Pendek kata sesuai sangat dijadikan menu rewang, bahan senang dapat dan murah je.
Seronoknya bila Che Ta dan Aunty Aini kecuh dengan dua tetamunya memasak menu rewang mereka. Tapi semuanya berjalan lancar dan ceria dek kesepakatan semua yang terbabit memasak.
SAYUR PINDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2kg pucuk seriyai | ambil pucuk dan daun muda saja
- 10kg pucuk paku | petik pucuk dan daun muda sahaja
- 7kg pucuk ubi | ambil pucuk
- 30 helai daun kunyit | dicarik-carik
- 6 kuntum bunga kantan | hiris halus
- 1kg daun kesum | ambil pucuk dan daun muda sahaja
- 5kg ikan sardin | bersihkan dan rebus dan ambil isi sahaja
- 1kg asam gelugor
- 5kg santan
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2 kg bawang merah
- 1/2kg halia
- 20 batang serai
- 1 1/2kg cili padi
- 200gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam kawah, celur pucuk ubi, pucuk paku dan daun seriyai satu persatu.
- Kemudian angkat dan tos. Ketepikan.
- Di dalam kawah atau periuk besar, masukkan santan, isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya dan bahan kisar kacau rata.
- Renehkan atas api sederhana hingga mendidih.
- Masukkan asam gelugor daun kunyit, daun kesum dan hirisan bunga kantan.
- Seterus masukkan pula daun-daun yang telah dicelur tadi.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Ikan Sardin Sayur Pindang sedia dihidangkan.
AYAM MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
- 8 ekor ayam | potong 14 setiap ekor
- 2kg bawang merah |kisar
- 400gm bawang putih |kisar
- 2 inci halia | kisar
- 1kg cili kering | kisar
- 400ml cuka
- 1 jug air
- Garam dan gula secukup rasa
- 300gm minyak masak
BAHAN MAYANG HALUS:
- 1kg bawang besar
- 200gm bawang putih
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kawah atau periuk besar.
- Tumiskan bahan-bahan yang dimayang halus hingga wangi dan garing
- Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar.
- Kacau rata, masukkan cili kering kisar. Terus kacau hingga pecah minyak.
- Kemudiaan masukkan ayam yang telah dicuci bersih tadi.
- Kacau rata supaya bahan tumisan dan ayam bercampur, biarkan hingga ayam kecut
- Sekali sekala kacau.
- Masukkan cuka dan air secukupnya.
- Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak tutup api dan Ayam Masak Cuka sedia dihidangkan.
Untuk mendapatkan menu-menu lebih menarik lagi, pastikan temujanji korang dengan Rasa Projek Gerenti Jadi bersama hos duo, Rozita Che Wan dan Aunty Aini dengan tetamu undangan yang lain di episod seterusnya setiap hari Isnin, jam 12.00 tengahari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).