2 Menu Sambal Petai Ni Sedap Mengancam Diet.

Share

Walupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama Petai mempunyai tarikan tersendiri hingga ia menjadi menu berasaskannya menjadi hidangan  membuka selera, penyedap makan.  Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai, yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah…

SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan bilis | kopek
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6  biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
  4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
  8. Angkat dan hidangkan.

 SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis | kopek
  • 200gm isi petai
  • 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
  5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan

 

 

Published by
Norasida Myasin