Memancing selera makan, kadang-kala agak sukar. Yang tukang masak pun sama. Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak-anak. Jika anda sukakan lauk yang ringkas, resipi yang RASA kongsi ini mungkin boleh dicuba.
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. DAGING GORENG MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.
4. UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAMA SADERI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit hirisan cili benggala hijau
Sedikit hirisan batang selerri
4 biji cili padi | titik
1/2 biji bawang Holland | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan udang, kacau rata.
Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri.
Perasakan dengan sos tiram secukup rasa.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Udang sedia dihidangkan panas-panas.
5. PAPRIK SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
1batang serai | titik
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
6 biji cili padi | titik
Sedikit hirisan batang seleri
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika anda ingin tambah isian lain, boleh tambah lobak merah dan cili Benggala.
6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola ikan
4 biji tauhu tauhu bulat yang telah digoreng
1 pokok sawi putih
1 keping tauhu kering | rendam dalam air
Sedikit suhun | rendam dalam air
Sedikit hirisan lobak merah
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya.
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk didihkan di atas dapur.
Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yang telah direndam tadi.
Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah.
Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
Sajian kari sememangnya antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Namun bagi yang inginkan juadah lebih sihat, boleh juga hasilkan kari tanpa santan. Macam mana tu? Ha…Cubalah resipi Kari Ikan Siakap tanpa santan perkongsian Puan Sabrina Khan ni. Hidangan ni adalah ‘specialty’ beliau kerana suaminya berketurunan India. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
KARI IKAN SIAKAP TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – digoreng dulu separuh masak
2 bungkus kecil rempah kari ikan babas
Bendi secukupnya
2 batang serai – dititik (*)
1 inci halia – diketuk tapi jangan lumat sangat (*)
4 ulas bawang putih – ditumbuk (*)
5 ulas bawang merah ditumbuk (*)
Daun kari (*)
2 kuntum bunga lawang (*)
2 biii tomato dibelah 4 (*)
Sedikit ikan bilis ditumbuk hancur untuk memasinkan kari (*)
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bahan-bahan bertanda (*) menggunakan minyak goreng ikan tadi hingga naik bau.
Kemudian masukkan air bersama rempah kari. Kacau rata dan biarkanhingga rempah kari betul-betul masak.
Seterusnya barulah dimasukkan ikan, air asam jawa dan bendi. Masak hingga terbit minyak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
INFO RASA: Penggunaan ikan bilis dan asam jawa sudah memberikan rasa pada kari. Jika anda sukakan rasa yang lebih masin, tambah garam ikut citarasa.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.