Terasa nak makan menu sihat yang tak ada nasi? Ini menu yang anda perlukan dan boleh cuba. Mudah, ‘perfect’ dan pastinya sedap. Selamat mencuba!
1. SALAD BROKOLI, LOBAK MERAH DAN BUAH KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 1 pokok brokoli
- 1 batang lobak merah
- 6 biji buah kurma | dipotong dadu
- 6 biji buah walnut | dipotong kasar
- ½ cawan mayonis
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 tangkai daun bawang |dihiris
- 2 susu makan jus lemon
- 1 sudu teh lada hitam
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Celur brokoli dan lobak merah sehingga separuh masak. Tuang air dan sejukkan.
- Gaul bersama brokoli, lobak merah, buah kurma dan kacang walnut.
- Untuk menyediakan kuah salad pula, gaul mayonis bersama bawang putih, daun bawang, jus lemon, lada hitam dan garam.
- Gaul semua bahan sehingga sebati. Tuangkan ke atas salad sebelum dihidangkan.
Info chef: Sediakan kuah salad di akhir penyediaan hidangan.
2. KERABU IKAN SALMON BERSAMA BUAH KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan salmon tanpa tulang
- 1 sudu kecil garam
- Minyak untuk mengoreng
- ½ cawan taugeh | dicelur
- 2 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
- 5 keping daun salad iceberg | dihiris nipis
- 6 biji buah kurma | dihiris nipis
- 1 biji tomato | dipotong lapan
- 1 batang serai | dihiris nipis
- 2 tangkai daun selasih | dipetik
- 2 tangkai daun ketumbar | dipetik
- 3 tangkai cili padi | dihiris nipis
- 2 biji limau nipis | diambil jus
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan salmon bersama garam dan goreng sehingga garing. Racikkan isi ikan.
- Untuk membuat sos kerabu, campurkan cili padi, jus limau nipis, bawang putih, gula, kicap sotong sehingga sebati dan ketepikan.
- Campurkan semua bahan dan gaul bersama sos kerabu dan hidangkan dengan segera.