Masak singgang antara menu yang sangat sinonim dengan masyarakat nusantara. Cuma nama dan bahan digunakan sedikit berbeza tapi rasa hampir sama. Di Malaysia sendiri ada bermacam versi singgang, apa yang penting ia kena dengan selera anda. Berikut dikongsikan dua jenis singgang, satu singgang ikan dan satu singgang sotong.
IKAN KEMBUNG SINGGANG KUNYIT BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | bersihkan dan tos.
3 biji kacang bendi | buang pangkal dan hujungnya
2 batang serai | titik
5 biji cili padi | hiris
3 tangkai daun kesum
3-4 hirisan lengkuas | titik
4-5 keping hirisan kunyit hidup
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
Ads
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh, masukkan asam gelugor, hirisan cili, serai dan lengkuas titik.
Seterusnya masukkan pula ikan.
Apabila ikan masak,masukkan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan kacang bendi, seketika kemudian tutup api.
Ikan Kembung Singgang Kunyit sedia dihidangkan.
INFO: Anda boleh pelbagaikan isian ikan, tidak semestinya ikan kembung.
Ads
Ads
SOTONG SINGGANG PUTIH BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kulit ari dan dakwatnya
3 batang serai | titik
3 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | belah 4 jika suka
1 biji cili merah | hiris serong besar
1 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Toskan sotong yang telah dibersihkan.
Masukkan air dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
Setelah mereneh masukkan asam gelugor dan jus limau nipis.
Seterusnya masukkan sotong, jangan terlalu. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan Sotong Singgang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM Bahan-bahan
1 kilo daging
7cm halia
7 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Daging dihiris nipis dan kecil.
Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
10 ekor udang kertas.
10 ulas bawang merah. }
3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
10 biji cili padi. }
5cm kunyit hidup. }
3 kotak santan.
1½ cawan air.
2 paket cendawan butang (belah dua).
1 batang serai (diketuk).
1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
1 packet agar-agar
5 tin air sejuk
1 tin susu cair
¼ tin santan
1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
1 sudu kecil asen vanilla
Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
Asingkan putih telur dengan kuning telur.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
2 ikat pegaga
¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
3 biji cili merah (dihiris halus)
3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
½ limau nipis (ambil airnya)
Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Tak biasa masak kambing, kali ini korang mesti cuba dengan resipi yang dikongsikan ini kerana, ia bukan hanya sedap, bebas santan tetapi anda pasti tak sangka langsung tiada bau kambing. Sebaliknya sangat sedap, lagi sedap kalau dipadankan dengan nasi minyak atau makan dengan roti jala atau nasi impit.
KARI KAMBING TANPA SANTAN BAHAN-BAHAN: 1kg daging kambing | potong kecil dan bersihkan 3 biji kentang | buang kulit dan potong kiub 4 sudu makan rempah kari daging 1 sudu makan serbuk cili 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 1 biji bawang besar | dadu halus 2cm halia muda | mayang halus 1 biji lemon | ambil jus sahaja 200ml yogurt 150ml susu cair Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 6 ulas buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih BAHAN KISAR: 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 3cm kunyit hidup 4 biji cili hijau 2 pokok daun ketumbar | ambil batang dan daun
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging kambing dengan separuh dari bahan kisar, kemudian perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan rempah menumis bersama serai dan daun kari.
Apabila wangi masukkan bahan kisar, kacau rata hingga garing.
Seterusnya masukkan rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh bersama.
Setelah wangi dan timbul minyak masukkan yogurt dan daging kambing,
Kacau hingga daging layu dan biarkan mereneh seketika.Tambahkan santan,
Perasakan dengan jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit baru tutup api.
Kari kambing sedia dihidangkan.
INFO: Untuk lebih sihat, boleh gunakan susu rendah lemak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!