Anda yang  pernah mengunjungi Au nty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai Negeri Sembilan mungkin tidak asing dengan menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan  Rendang Itik Salai antara menu masakan kampung pilihan ramai  pelanggannya yang datag dari dalam dan luar negara.   Anda kena datang  ke kafe paling cool dengan suasana persekitaran kampung ini, selain masakan kampung, masakan barat pun ada ye…

Untuk  anda semua, Aunty Aini tak kedekut kongsi dua resipinya ini.

 2 Menu Terbaik dari Aunty Aini’s Garden Café, Jadikan Ramai Yang Ketagih !

 MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm  cendawan sisir | cuci bersih & tos
  • Sedikit  pucuk ubi kayu
  • 250ml santan pekat
  • 50 ml air
  • 50gm ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang serai | titik
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
  2. Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
  3. Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau  rata.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Tutup api, dan sedia dihidangkan

2 Menu Terbaik dari Aunty Aini’s Garden Café, Jadikan Ramai Yang Ketagih !

RENDANG ITIK SALAI

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor itik salai | potong kecil
  • 2 biji kelapa  | ambil santan pekat sahaja
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 sudu makan minyak masak  | untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm lengkuas
  • 4  batang serai
  • 3cm kunyit
  • 3cm halia
  • 20 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN REMAH RATUS:

Ads
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu teh Jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam

 CARA MEMASAK:

  1. Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
  5. Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan rendang itik sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI