2 Menu Ubi Kayu Yang Sedap & Senang Membuatnya

Share

Macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu, selain boleh dijadikan ubi rebus dan dibuat kerepek, ubi juga boleh dibuat kuih dengan pelbagai cita rasa. Dengan rasa sedikit kenyal menjadikannya sungguh sedap dan mengenyangkan. Tidak hairanlah orang zaman dulu menjadikan ubi kayu sebagai ganti nasi. Bagaimana pun untuk hari ini RASA ingin kongsikan dua menu kuih yang dibuat dari ubi kayu yang sangat sedap.


GETUK UBI KAYU GULA MELAKA


BAHAN-BAHAN:

  • 1.4kg ubi kayu | dibuang kulit
  • 300gm gula melaka | parut atau hancurkan
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan

BAHAN KELAPA:

  • 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja

CARA MEMASAK:

  1. Ubi kayu dipotong kecil dan buang urat tengahnya.
  2. Kemudian kukus bersama daun pandan lebih kurang 20 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Gaulkan dengan gula melaka dan garam kemudian kisar menggunakan, pengisar makanan.
  4. Keluarkan dari pengisar dan gunakan acuan kuih bulan, bentuk getuk mengikut acuan, Buat hingga habis.
  5. Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan kelapa parut.
  6. Susun getul dalam pinggan dan hias atasnya dengan taburan kelapa parut.
  7. Getuk sedia dihidangkan.

Resipi dan photo: @michellemawar


ONGOL-ONGOL UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ubi kayu parut
  • ½ bungkus agar-agar
  • 180ml santan pekat
  • 10 sudu makan gula pasir | ikut kesesuaian manisnya
  • Pewarna makanan | merah, kuning dan hijau
  • Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam secukupnya.

CARA MEMASAK:

  1. Ubi yang telah diparut perah dan asingkan air menggunakan kain bersih. Simpan airnya.
  2. Enapkan air perahan, apabila pati ubi telah enap buang air dan ambil enapan itu campurkan dalam adunan.
  3. Campurkan ubi parut bersama santan, agar-agar dan gula dalam mangkuk adunana.
  4. Gaul rata dan rasa tahap kemanisannya ikut kesesuaianaa rasa.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga Bahagia dan warnakan dengan tiga warna tadi.
  6. Masukkan adunan dalam acuan yang sudah dioles denga minyak.
  7. Kukus dalam pengukus yang sudah siap dipanaskan lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
  8. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
  9. Gaulkan dengan kelapa parut
  10. Ogol-Ogol sedia dihidangkan.

Resipi & photo: @mayasari_widodo

Published by
Norasida Myasin