2 Menu Udang Ala Thai, Wajib Cuba Ni!

Share

Udang, antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan.  Untuk kongsi bersama, RASA bawakan dua menu udang  Thai yang telah diubahuai dengan selera, kita masyarakat Malaysia.  Dua menu tersebut adalah Tumis Udang Bersama Daun Ketumbar dan kedua, Udang Kari  Thai yang sangat sedap. Cuba ye, jangan tak cuba!

TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1/2 sudu teh  jintan manis
  • 1/4  sudu teh halia muda
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1/4 cawan daun ketumbar | cincang
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu the kulit limau nipis | parut
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
  3. Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
  4. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.

UDANG KARI ALA  THAI

BAHAN-BAHANNYA :
700gm  udang galah | dibersihkan


350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis
BAHAN KISAR HALUS :

10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  2. Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
  3. Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
  4. Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
  6. Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.

 

Published by
Norasida Myasin