
Kek Butter @ Kek Mentega Kampung yang sedap sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Bahan-bahan yang digunakan juga sangatlah ringkas. Bagi anda yang suka makan kek yang simple begini, resipi Kek Butter Kampung perkongsian saudari Nurain Ain ni boleh dicuba.
RESIPI KEK BUTTER KAMPUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
250gm gula halus – beli online disini
250gm mentega suhu bilik – beli online disini
5 biji telur A
250gm tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak) – beli online disini
1 sudu teh baking powder (ayak) – beli online disini
2 sudu makan susu cair – beli online disini
Sedikit esen vanila – beli online disini
CARA MEMASAK:
TEKNIK 1:
1. Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai gebu putih.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan-bahan ayak. Pukul lagi perlahan-lahan.
4. Bila sudah sebati, masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 saat. Berhenti.
5. Ambil acuan bersaiz 8/9 inci, oles dengan mentega atau lapik dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.
6. Bakar kek pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
TEKNIK 2:
1. Cairkan mentega dan ketepikan
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali mentega cair.
3.Tambah 1 sudu makan ovalette.
4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih.
5. Tutup mixer dan masukkan mentega cair. Kaup balikkan hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles mentega atau dialas baking paper.
7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah hingga masak.
Kredit resipi & foto: Nurain Ain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=ODvFvHv2tKA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI