Jika anda dalam mood untuk diet atau kurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan harian, bolehlah cuba dua resipi ayam ini. Cara membuatnya senang dan bahan-bahannya juga tidaklah susah untuk diperoleh.
Melalui facebook Erma Juniza, RASA dapatkan dua contoh resipi berasaskan ayam yang sesuai dinikmati oleh anda yang ingin menjaga berat badan. Erma ialah seorang individu yang aktif membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan berpantang serta melalui proses IVF melalui penyediaan makanan sihat buat mereka.
Menurutnya, hidangan sebegini, selain sesuai untuk ibu-ibu bersalin, turut sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
100 gram isi ayam
1 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ini halia
3 tangkai cili padi
1 batang serai
Garam secukup rasa
1 biji lemon
CARA MEMBUAT
1. Rebus isi ayam. Kemudian sejukkan terlebih dahulu,
2. Carik-carikkan isi ayam lalu ketepikan.
3. Tomato, bawang besar, halia, cili padi, serai diracik atau dicencang halus.
4. Masukkan bahan ini ke dalam bekas berisi ayam tadi. Gaul semuanya bersama sedikit garam.
5. Perah lemon. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN
200 gram isi ayam
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang outih (dicencang)
3 tangkai cili padi (diracik halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
Sedikit air
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Cencang halus isi ayam.
2. Panaskan minyak masak. Tumis isi ayam bersama bawang putih.
3. Masukkan cili padi dan lobak merah. Gaul rata.
4. Letakkan sedikit air.
5. Masukkan glass noodle dan gaul lagi.
6. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan garam.
7. Gaul lagi. Boleh tabur daun bawang jika suka. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: facebook Erma Juniza