Nak buat hidangan barat yang sedap dan mudah? Korang boleh cuba dua hidangan ni. Memang senang sesangat nak buat. Yang penting resipi ni istimewa lagi-lagi kalau dihidangkan waktu cuti-cuti panjang macam ni. Boleh makan ramai-ramai sebab ahli keluarga semua berkumpul kan?
Bahan-bahan
10 keping kulit pai
10 keping keju cheddar
1 mangkuk serbuk kentang putar
1 mangkuk sos bolognese
1 tangkai daun parsli
Cara Membuat
1) Sediakan kulit pai.
2) Letak kepingan keju cheddar yang telah dipotong kecil.
3) Letakkan sesudu sos bolognese yang telah dipanaskan.
4) Bancuh serbuk kentang putar bersama air panas hingga tahap kekentalan yang diingini.
5) Masukkan bancuhan kentang putar ke dalam beg paiping yang sudah berisi nozzle
bintang.
6) Paipkan kentang putar ke atas kulit pai yang telah berisi sos bolognese.
7) Bakar sebentar di dalam oven pada suhu 180C selama 5 minit.
8) Hiaskan dengan daun parsli.
Bahan-Bahan
1 keping doh piza
5 sudu besar sos bolognese
10 biji bebola daging
½ biji nanas (dihiris)
½ biji lada benggala
10 biji tomato ceri
Keju cheddar secukupnya
Cara Membuat
1) Siapkan doh piza. Boleh guna doh piza siap guna di kedai bakeri atau gunakan roti sebagai asas doh.
2) Sapukan sos bolognese daging ke atas doh.
3) Susun secara sekata bebola daging yang telah dihiris separuh.
4) Susun juga hirisan nanas, lada benggala dan tomato ceri.
5) Taburkan keju cheddar yang telah disagat menutupi keseluruhan permukaan piza yang telah dihias dengan sayur-sayuran tadi.
6) Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C atau sehingga doh kelihatan keperang-perangan.
Selamat mencuba!