2 Resipi Lauk Makan Tengahari Boleh Masak Guna Petai. Memang Sedap!

Share

Musim petai dah kembali. Bagi para peminat ulam ni, macam-macam menu boleh masak. Antara paling sedap yang boleh anda cuba ialah dua menu RASA kongsi di bawah ni. Memang mudah & boleh pakat cuba.

 

 1. SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis | kopek
  • 3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 20 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
  4. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
  5. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
  8. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Petai dikikis untuk menghilangkan rasa pahit kulit petai.

 

2. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
  • Sedikit daun kaduk | hiris kasar
  • 3 helai daun kunyit | hiris halus
  • 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
  • 4 batang serai | hiris halus
  • 5 sudu makan tempoyak
  • 500ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20  biji  cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 50gm ikan bilis yang telah dikopek

CARA MEMASAK:

  1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
  2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
  3. Kacau rata, masukkan pula  Asam gelugor,  asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
  4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cili padi.

 

Published by
Nur