Ikan patin dan ketam, kalau dimasak pedas-pedas memang sedap. Tak perlu lauk lain pun dah cukup untuk tambah selera makan. Tekak masyarakat kita memang terbiasa dengan lauk yang mempunyai cita rasa pedas.
Resipi ini sesuai untuk anda hidangkan ketika sibuk dan tiada banyak masa untuk memasak. Caranya ringkas dan memudahkan kerja. Selamat mencuba.
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
3 potong ikan patin
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan kisar
Bahan tumis
5 biji cili padi hijau (ditumbuk halus)
1 biji bawang (dihiris)
2 sudu minyak masak
Sedikit air
Garam
Cara membuat
1. Bahan-bahan kisar dikisar halus menjadi pes.
2. Ikan dibersihkan dan ratakan pes kunyit yang telah dikisar halus dan perap selama 30 minit.
3. Setelah diperap, ikan digoreng secara terendam dalam minyak masak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
4. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak masak.
5. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk sebentar.
6. Kemudian masukkan sambal dan sedikit air.
7. Gaul dan masak hingga garing.
8. Setelah garing masukkan ikan dan gaul rata sehingga menyalut keseluruhan ikan.
9. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa.
10. Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
4 ekor ketam
6 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam
Bahan-bahan tumis
4 biji telur masin (direbus, korek isinya dan dilenyek)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (diketuk)
4 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar sambal
Cara membuat
1. Ketam dibersihkan dan dikukus sehingga masak.
2. Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata.
3. Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan. Angkat dan toskan.
4. Dalam kuali berasingan panaskan mentega.
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk serta cili padi yang diketuk dan daun kari sehingga harum.
6. Kemudian masukkan telur masin yang di lenyek tadi bersama susu cair dan sambal.
7. Gaul dan masak sehingga rata.
8. Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.