Bagi anda yang tercari-cari menu mudah tapi menyihatkan, lauk seperti singgang sememangnya antara yang terbaik. Mana tidaknya, menu sebegini hanya perlu rebus sahaja dan tidak menggunakan minyak dan santan. Memang sihat! Jom cuba.

 

1. SINGGANG SOTONG

2 Resipi Lauk Singgang Mudah Yang Masak Tanpa Minyak.

Ads

BAHAN-BAHAN :

  • 10 ekor sotong
  • 2 sm lengkuas/ dihiris
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
  • 3 ulas bawang putih/ dihiriskan
  • 4 batang bendi/ dipotong dua
  • 3 biji cili padi
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi.
  2. Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  5. Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan

INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.

 

2. SINGGANG DAGING LENGKUAS

2 Resipi Lauk Singgang Mudah Yang Masak Tanpa Minyak.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan budu
  • 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris 
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI