2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Share

Biasanya bila sebut menu sardin ni, mesti asyik masak sardin tumis, gulai dan goreng.

Apa kata kali ini, kita cuba menu baru dengan menggunakan sardin ala-ala fusion. Mudah dan sedap tau!

 

IKAN SARDIN PERCIK

BAHAN-BAHAN:

1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya

BAHAN KUAH PERCIK:

500ml santan kotak – beli online di sini
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
½ helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar – beli online di sini
4 ulas bawang merah | kisar – beli online di sini


2 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
2 cm halia | kisar
2 biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
5. Kacau hingga kuah pekat.
6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.

 

SARDIN TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHAN:

1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
½ biji buah tomato | dadu halus


½ biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah kuah kering, tutup api.
7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
12. Angkat dan sedia dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff