2 Resipi Lauk Tanpa Lemak. Sedap Dijadikan Hidangan Makan Tengahari.

Share

Buntu nak masak apa di hari Isnin ni? Aha…Janganlah susah hati. RASA ada banyak resipi yang  boleh anda cuba. Hari ni anda boleh cuba buat Daging Bakar Cicah Air Asam & Sup Ayam Kampung. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka. 

 

1. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging tanpa lemak | bersihkan dan tos

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Sedikit garam dan gula ( sekadar bagi ada rasa)

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan | bakar
  • Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
  • 15 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
  2. Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
  3. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu siapkan air asam.
  6. Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
  7. Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
  8. Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
  9. Seterusnya perasakan dengan gula serta garam jika perlu.
  10. Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

 

2. SUP AYAM KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500 ayam | potong kecil
  • 1 batang seleri | hiris
  • 1 batang daun bawang | hiris
  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 2 batang serai | titik
  • 1 liter air atau secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau rata, kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan kuah mendidik dan mereneh seketika.
  3. Seterusnya masukkan serai, batang seleri dan lengkapkan rasa dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Biarkan sup mereneh lebih kurang lima minit, kemudian masukkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas bersama sambal kicap.

INFO CHEF: Boleh tambah aneka sayur-sayuran kegemaran anda.

 

 

Published by
Nur