Kali ini RASA ingin kongsikan resipi nasi goreng yang sesuai dimakan oleh golongan yang inginkan berat badan ideal. Lazimnya mereka ini mengawal pengambilan kalori. RASA tampilkan resipi daripada pengguna facebook dengan nama Kak Long Faizah.

Beliau memang mengamalkan diet pemakanan yang agak ketat demi mencapai berat badan ideal. Pengalaman sakit dan berat badan berlebihan membuatkan beliau lebih berhati-hati dengan pengambilan pemakanan. Jom cuba!

NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN
1 biji telur ayam
Sedikit minyak masak
1 ulas bawang merah
1 keping dada ayam (potong dadu)
1/2 cawan nasi putih
Secubit garam pink (BELI DI SINI)
Serbuk lada hitam (BELI DI SINI)
Serbuk cili (BELI DI SINI)
Sayur pak choy

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali masukkan telur dan masak hancur telur tersebut.
2. Masuk sedikit minyak masak dan tumis bawang bersama telur tadi.
3. Masukkan ayam. Biarkan ayam masak. Masukkan nasi. Kacau.
4. Masukkan garam, lada hitam dan serbuk cili.
4. Akhir sekali, masukkan sayur pakchoy. Kacau sekejap dan angkat.

NASI GORENG AYAM PEDAS CENCANG

BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
1 keping dada ayam (kisar)
5 biji tomato ceri (kisar)
2-4 biji cili padi (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar) (BELI DI SINI)
1/2 batang lobak merah (hiris kecil)
1/2 cawan nasi putih
Secubit garam (BELI DI SINI)
Lada hitam (tumbuk) (BELI DI SINI)
4 pokok pak choy

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan dada ayam, tomato ceri, cili padi dan bawang putih. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan lobak merah. Kacau sekata.
2. Masukkan nasi putih, garam, lada hitam dan sayur pak choy. Kacau seketika. Matikan api dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: facebook Kak Long Faizah

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo