2 Spot Iftar Menyajikan Pelbagai Hidangan Lazat

Share

Ramadan kini bertandang tiba. Bulan yang dinanti-nantikan. Ramadan kali ini pastinya mengikat tali persaudaraan dengan berkumpul dan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.

Jelajah Selera Bersama TAMU

Bertemakan ‘Jelajah Selera Bersama TAMU’ anda boleh menjamu selera di Suasana @ 27 restoran TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 202, bufet Ramadan ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang menarik yang disajikan semasa Hari Raya serta masakan kegemaran Malaysia dan Antarabangsa.

Chef Eksekutif Azizul Mohd Nor berkata, tetamu yang datang hendaklah mencuba dan menjamah semua hidangan yang ditawarkan terutama menu istimewa tahun ini ‘Nasi Kambing Dulang Besar’.

Untuk iftar kali ini chef membawa kembali hidangan masakan tradisional Melayu seperti Gulai Daging Batang Pisang, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box ikonik yang empuk dan lazat juga Nasi Dulang.

Hidangan Nasi Dulang kaya dengan herba dan rempah tradisional serta dimasak dengan sempurna. Ia dipersembahkan secara unik dalam dulang sebagai satu set.

Terdapat lapan belas gerai yang disusun menampilkan menu hidangan istimewa yang tersendiri.

Harga bufet ialah RM169 setiap seorang. Warga emas RM98 manakala kanak-kanak RM85.

Feast Of 7 Wonders Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel membawa anda untuk menikmati perjalanan gastronomi “Feast of 7 Wonders”, makan malam bufet yang dicipta dengan tujuh hidangan ringan utama dari tujuh wilayah oleh chef yang bersemangat dan diketuai oleh pakar masakan baru, Chef Eksekutif – Chef Ewald Gonsalves. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka yang mengasyikkan.

Jamuan berbuka kali ini membawa anda melalui pengembaraan penuh rasa di Restoran Essence. Menawarkan pelbagai pilihan tempatan dan makanan istimewa dari serata pelusuk dunia serta stesen hidangan langsung dan pencuci mulut yang lazat.

Antara hidangan ini ialah ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, stew kambing bersama kacang kuda dan tomato dari Maghribi.Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India, Kambing Kuzi panggang yang diperap selama 48 jam dan diurut dengan 14 rempah-ratus dari Qatar (Hidangan Langsung) dan Ayam Malai Kebab dengan Daun Fengreek dari Afghanistan.

Kumpulan Nasyid Saujana 25 akan turut memeriahkan bulan mulia ini dengan persembahan eksklusif di Essence Restoran pada 1 April, 8 April dan 15 April, 2023.

Hotel ini juga memperluaskan baucar tawaran “early bird” dan biskut berinti eksklusif Sheraton Imperial serta tempahan berkumpulan untuk makan dan mesyuarat semasa bulan perayaan yang akan datang.

Harga Bufet Dewasa:RM197 seorang | Kanak-kanak: RM97 seorang (7-12 tahun)

Published by
Putri