Sebagai penggemar laksa, sudah pasti kita bukan sahaja mahukan laksa yang sedap. Namun kita juga mahukan laksa yang dihasilkan dengan cara penyediaan yang bersih dan suci.
Atas dasar itu, wanita bernama Junaidah binti Johari dan suaminya, Azahari bin Ta, telah berusaha untuk merealisasikan impiannya sekali gus memberi pilihan kepada masyarakat untuk menikmati laksa bersih dan suci.
“Impian saya adalah untuk menghasilkan laksa yang halal dan tayyib. Saya bukan packing semula produk orang lain. Maksudnya, kilang saya uruskan daripada proses tepung sehingga menjadi laksa. Kami hasilkan laksa buatan Muslim bumiputera jenama Nurin,” kata Junaidah memulakan bicara.
Menurut Junaidah, mulai Januari 2017 mereka mula cari formula laksa yang sedap, bersih dan suci. Kemudian pada Januari 2019, mereka mulai serius berniaga laksa yang dihasilkan di kilang bertempat di Ulu Kinta, Perak.
PELUANG PERNIAGAAN
Memandangkan permintaan laksa produk Muslim semakin tinggi permintaannya, Junaidah membuka peluang untuk lebih ramai individu yang ingin berniaga menjadi ejennya. Semuanya demi masyarakat lebih mudah mendapatkan produk Nurin daripada ejen berdekatan.
“Untuk menjadi ejen, syaratnya hanyalah dari segi pengambilan stok sahaja. Dengan pembelian sebanyak 500 pek laksa, anda boleh dapatkan harga ejen dan mendapat komisyen daripada situ,” katanya.
ADA HIKMAH
Pada 2010, Junaidah dan suami sebenarnya mengusahakan rempah masakan. Namun trend jualan rempah semakin menurun disebabkan persaingan semakin tinggi.
Justeru mengubah haluan daripada rempah kepada laksa adalah satu langkah terbaik memandangkan tidak ramai lagi Muslim yang mengusahakan laksa.
Bersama-sama suami mengusahakan bisnes, bagi Nurin itu juga ada hikmah di sebaliknya. Ini kerana dia dapat bersama-sama kerja dan cuti serta gembira kerana mempunyai minat yang sama dalam kerjaya iaitu berbisnes.
“Cabaran dalam bisnes adalah kami bahu bawa jenama Nurin ke peringkat lebih tinggi dan mengukuhkan unit pemasaran. Kos bahan mentah juga semakin meningkat namun saya yakin semuanya ada solusi untuk diselesaikan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Nama: Kilang Laksa Basah Nurin
Lokasi: No. B8 Kawasan Perindustrian Mara Batu 7 1/2, Jalan Tambun, Ulu Kinta Perak atau dikenali Halal Park Tambun Perak.
Facebook: Kilang Laksa Nurin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI