2 Tahun Gigih Cari Formula, Jenama Nurin Jadi Pilihan Masyarakat Nikmati Laksa Basah Buatan Muslim

Share

Sebagai penggemar laksa, sudah pasti kita bukan sahaja mahukan laksa yang sedap. Namun kita juga mahukan laksa yang dihasilkan dengan cara penyediaan yang bersih dan suci.

Atas dasar itu, wanita bernama Junaidah binti Johari dan suaminya, Azahari bin Ta, telah berusaha untuk merealisasikan impiannya sekali gus memberi pilihan kepada masyarakat untuk menikmati laksa bersih dan suci.

“Impian saya adalah untuk menghasilkan laksa yang halal dan tayyib. Saya bukan packing semula produk orang lain. Maksudnya, kilang saya uruskan daripada proses tepung sehingga menjadi laksa. Kami hasilkan laksa buatan Muslim bumiputera jenama Nurin,” kata Junaidah memulakan bicara.

Menurut Junaidah, mulai Januari 2017 mereka mula cari formula laksa yang sedap, bersih dan suci. Kemudian pada Januari 2019, mereka mulai serius berniaga laksa yang dihasilkan di kilang bertempat di Ulu Kinta, Perak.

Kilang Laksa Basah Nurin di Ulu Kinta.
Suasana dalam kilang.

PELUANG PERNIAGAAN

Memandangkan permintaan laksa produk Muslim semakin tinggi permintaannya, Junaidah membuka peluang untuk lebih ramai individu yang ingin berniaga menjadi ejennya. Semuanya demi masyarakat lebih mudah mendapatkan produk Nurin daripada ejen berdekatan.

Laksa Nurin semakin jadi tumpuan peminat laksa.

“Untuk menjadi ejen, syaratnya hanyalah dari segi pengambilan stok sahaja. Dengan pembelian sebanyak 500 pek laksa, anda boleh dapatkan harga ejen dan mendapat komisyen daripada situ,” katanya.

Laksa Nurin.

ADA HIKMAH

Pada 2010, Junaidah dan suami sebenarnya mengusahakan rempah masakan. Namun trend jualan rempah semakin menurun disebabkan persaingan semakin tinggi.

Justeru mengubah haluan daripada rempah kepada laksa adalah satu langkah terbaik memandangkan tidak ramai lagi Muslim yang mengusahakan laksa.

Junaidah yakin perjuangannya menghasilkan laksa yang bersih dan suci pasti berbaloi.

Bersama-sama suami mengusahakan bisnes, bagi Nurin itu juga ada hikmah di sebaliknya. Ini kerana dia dapat bersama-sama kerja dan cuti serta gembira kerana mempunyai minat yang sama dalam kerjaya iaitu berbisnes.

“Cabaran dalam bisnes adalah kami bahu bawa jenama Nurin ke peringkat lebih tinggi dan mengukuhkan unit pemasaran. Kos bahan mentah juga semakin meningkat namun saya yakin semuanya ada solusi untuk diselesaikan,” ujarnya mengakhiri bicara.

Laksa adalah antara hidangan disukai di tanah air kita.
Tekstur laksa yang cantik.
Apa yang dimakan, menjadi darah daging. Pastikan bersih dan suci, baru makan ya.

Nama: Kilang Laksa Basah Nurin
Lokasi: No. B8 Kawasan Perindustrian Mara Batu 7 1/2, Jalan Tambun, Ulu Kinta Perak atau dikenali Halal Park Tambun Perak.
Facebook: Kilang Laksa Nurin

Published by
Maryam Elyas