Tempe dan tauhu kedua diperbuat daripada kacang soya. Masaklah apa sahaja, waima digoreng sahaja pun sudah cukup menaikkan selera. Ni min kongsikan 5 resipi , tempe dan tauhu yang sentiasa jadi kesukaan ramai.
Cubalah nanti, senang aje buatnya…
1. SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
2. TAUHU BEGEDIL DAGING
Ads
BAHAN-BAHAN :
4 biji tauhu kering
BAHAN BEGEDIL :
2 biji kentang | saiz sederhana dikopek dan rebus hingga empuk
1/2 cawan daun sup @daun bawang
1/2 cawang bawang goreng
1 cawan daging cincang
1 sudu teh lada sulah
2 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Lenyekkan kentang rebus masa masih panas. 2. Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. 3. Satukan dengan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging. 4. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Gaul sebati 5. Potong tauhu kering bentuk X ditengah 6. Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh 7. Pecahkan telur dan pukual 8. Celup tauhu yang telah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas hingga perang.
Saiz hidangan : 4-6 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk utama / snek Keistimewaan : Boleh dijadikan snek dan dicicah dengan sos.
INFO CHEF : Pastikan daging cincang digoreng hingga terbit minyak dan kering air untuk supaya daging lebih berperisa dan tidak berbau ‘hamis’.
3. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
Ads
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF :Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
4. TAUHU GORENG BERLADO
Ads
BAHAN-BAHAN :
400 gm tauhu putih/ belah dua bentuk segitiga
2 sudu makan kicap manis
2 helai daun salam
2 sm lengkuas
1 sudu makan gula merah
garam secukupnya
300 ml air
minyak untuk menumis
BAHAN BAHAN/ DIKISAR :
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
3 biji cili hidup
10 biji cili kering
3 biji buah keras
Cara membuat: 1. Perapkan tauhu dengan garam dan bawang putih. 2. Biarkan kurang lebih minit dan goreng hingga masak. Ketepikan 3. Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak, biarkan hingga naik minyak. Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis hingga harum 4. Masukkan kicap manis gula dan garam secukupnya. 5. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan hingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan hingga air hampir kering.
Saiz hidangan : 4 orang Masa : 15 – 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Bagi penggemar tauhu, sajian ini sedap juga diratah begitu sahaja.
INFO CHEF ;Anda boleh juga memerah sedikit jus limau kasturi jika mahu rasa masam .
5. TEMPE GORENG SAYUR
BAHAN-BAHAN:
250 gm daging |goreng
200 gm hati ayam |goreng
100 gm kentang |goreng
3 keping tempe |goreng
100 gm kacang buncis
30gm cili merah |hiris nipis
30gm bawang merah |kisar
30gm bawang putih |kisar
20ml kicap pekat
300ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau wangi 2. Masukkan daging, hati ayam, tempe dan kentang 3. Akhir sekali masukkan santan serta garam secukup rasa 4. Sedia dihidangkan.
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 30 minit. Cara memasak :Goreng dan tumis Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda ingin menyediakan menu juadah berbuka puasa keluarga dengan resipi Datuk Chef Wan? Ini Rasa kongsikan 4 menu yang bukan hanya enak dijadikan juadah berbuka tetapi juga sesuai sebagai hidangan di Aidil Fitri nanti. Rugi kalau tak cuba, sebab ia memang sedap dan mudah disediakan.
STEW AYAM SEPANYOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 12
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk paprika
4 sudu makan tepung gandum
½ cawan minyak Zaiton
2 biji bawang besar | potong kecil
1 batang lobak merah | potong dadu
10 biji cendawan buang | hiris
2 tin tomato hancur
1 biji lada banggala merah } potong dadu
1 sudu makan tomato puri
1 sudu kecil saffron (koma-koma)
20 biji buah Zaiton hijau
Segenggam besar daun pasli Itali
Segenggam daun Basil
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama tepung, serbuk lada hitam dan paprika. Kettepikan.
Panaskan minyak zaiton, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan butang. Kacau rata.
Kemudian masukkan tomato hancur, kacau dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan lobak merah, buah zaiton, lada benggala , safrfron, daun basil, saun parsli dan garam secukup rasa.
Apabila sos sudah pekat, angkat dan hidangkan.
NASI BUKHARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit dan toskan
1kg udang besar
1/2 cawan minyak sapu
150gm mentega
2 biji bawang Holland | dadu kecil
3cm halia
4 ulas bawang putih| kisar halus
15 ulas bawang merah | kisar halus
Sedikit rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
1 biji lemon | parut kulit kuning sahaja
2 batang serai | titik
4 helai daun pandan | simpul
2 paket kecil rempah Bukhari
150gm yogurt asli
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit daun flat parsely | cincang halus
Sedikit daun pudina | cincang halus
Air rebusan ayam |sama sukatan dengan nasi
2 sudu kecil safron
1 cawan bawang goreng
1 cawan kacang pis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi bersama mentega.
Masukkan bawang besar, rempah penumis, serai serta daun pandan. Kacau hingga wangi.
Masukkan halia, bawang putih serta bawang merah yang dikisar halus hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan udang, rempah Bukhari serta daun-daun herba yang dicincang halus.
Masukkan beras, air rebusan, kulit limau serta safron dan garam secukup rasa.
Masak sehingga nasi hampir kering. Kemudian gaulkan bawang goreng serta kacang pis.
Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
KAFTA BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA:
500gm daging cincang
1 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang
4 sudu makan daun parsli |cincang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk paprika
2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak zaitun
KUAH:
60ml minyak zaitun
1 biji bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk jintan kasar
1 sudu makan paprika
2 biji tomato | ramas halus
2 sudu besar daun parsli | cincang halus
2 biji telur
Garam, gula dan serbuk lada putih secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola daging. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk, gaul rata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperangan dan ketepikan.
Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
Masukkan jintan halus dan kasar, paprika dan buah tomato yang telah diramas.
Masukkan bebola daging, daun ketumbar, parsli, garam, gula dan serbuk lada sulah. Masak lagi di atas api perlahan selama 15 minit. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya dan masak lima minit lagi.
NEW YORK CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
ADUNAN DASAR KEK:
3 cawan serbuk biskut (cracker crumbs)
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
226gm mentega |cair dan sejukkan
INTI KEK:
680gm krim keju
¼ cawan gula kastor
6 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
2 cawan sour cream
1/3 cawan tepung Jagung
2 sudu teh esen vanila
2 biji lemon | parut kulit kuning sahaja & perah jusnya
SOS CERI :
1 sudu makan tepung jagung
1 tin besar Pitted Dark Cherries dengan sirap
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan dasar kek: Oleskan mentega ke dalam bekas bersaiz 22 cm.
Campurkan semua bahan adunan dasar kek menggunakan sudu kayu.
Masukkan adunan dalam loyang dan tekan sehingga padat, kemudian panaskan dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan suhu 180 C. Atau letakkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Untuk menyediakan inti kek, pukul krim keju hingga halus, tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul sehingga ringan dan gebu.
Tambahkan kuning telur satu persatu. Masukkan sour cream, tepung, esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon.
Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang kemudian gaulkan dengan krim keju.
Tuangkan adunan inti kek ke atas lapisan dasar dan bakar di dalam ketuhar selama 1 jam, 15 minit dengan suhu 165C.
Akhir sekali cara menyediakan sos ceri: Campurkan tepung jagung dengan pitted Dark Cherries dan masak sehingga mendidih.
Setelah pekat, tutup api. Masukkan mentega. Kacau dan biar sejuk. Tuang atas kek keju dan hidangkan.
Melihatkan kepada hidangan mi champa ni, rasanya pasti padu. Makan pula dengan hirup sup panas-panas, memang nikmat.
Tahukah anda, mi champa ini asalnya dari negara Kemboja? Haaa, menarik bukan. Tambahan pula orang kita suka dengan sup sedap dan aroma yang harum.
Jom kita cuba resipi istimewa daripada Tahrunnisah Jali ini. Bila makan boleh berpeluh satu badan dan meleleh air hidung.
MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 ½ – 2 kg daging lembu berserta tulang untuk dibuat bone broth 3 liter air 4 biji bawang holland* | potong 4 – beli online di sini 3 biji bawang besar * | potong 4 – beli online di sini 2 inci lengkuas | dipotong nipis* hiris nipis – beli online di sini 1 ekor sotong kering sebesar tapak tangan* (kalau tak ada, tak kick la kuah sup ni, tapi kalau tak ada boleh abaikan) 1 ikat daun ketumbar Daun bawang 2 batang kulit kayu manis* – beli online di sini 4 biji bunga lawang*- ½ cawan sos ikan – beli online di sini Gula & garam Perasa jika suka Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam 3 kiub stok perisa daging
CARA-CARA:
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita. 2.Caranya, didihkan air rebusan dulu. Masukkan daging dan tulang. Dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian, buang air rebusan daging tadi berserta kotoran.
3.Kemudian, masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali ke dalam periuk. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya dan masukkan air yang baru sebanyak 3 liter dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. 4. Kali ini, rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 ke 6 jam. 5. Sementara tunggu daging empuk, boleh bakar dahulu bawang holland, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih.
6. Dalam rebusan tulang tersebut, masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Kemudian, masukkan sos ikan, daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
7. Rebuslah dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas. 8. Sewaktu ceduk kuah bubuh dalam mangkuk mi, kena guna tapis penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk. Jadi, dapatlah kuah yang bersih.
BAHAN SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)* 20-30 biji cili api* 2 ulas bawang putih* 2 sudu besar cuka sedikit garam
CARA-CARA:
Bahan-bahan bertanda (*) direbus sehingga layu. Kemudian toskan dan kisar sehingga hancur berserta dengan cuka dan garam. Siap.
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih | dibersihkan & dipotong halus 1 cawan minyak jagung
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
HIDANGAN SAMPINGAN LAIN
Kuey teow / bihun / mi champa Daun ketumbar / daun sup / daun bawang Limau nipis Hirisan daging Minyak bawang putih Lobak asin | dipotong halus Sambal lada Tauge Kicap Serbuk lada sulah / lada hitam Gula (tambahan jika suka manis) Sos ikan (jika perlu)
Buat peminat pecal, bukan mudah nak jumpa kuah pecal yang sedap dan menepati citarasa.
Resipi kuah pecal yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, memang mengenyangkan bila dimakan dengan sayur, tauhu dan tempe goreng.
Kalau nak makan kuah pecal dengan keropok ikan atau keropok udang goreng, pun sedap. Keropok digaul dengan kuah kacang sehingga lembut. Sedap pula rasanya.
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN:
Sengkuang Timun Tauge | celur Kacang panjang | celur Pucuk ubi | celur Tauhu | digoreng Tempe | digoreng (saya tak letak sebab takde) Telur | direbus
BAHAN KUAH:
500gm kacang tanah* 4 ulas bawang putih* 2 biji bawang besar saiz sederhana* 10 biji cili kering* 3 biji cili padi* 3 helai daun limau purut | dibuang urat tengah* Belacan* Cekur* ½ ketul gula merah Garam Serbuk perasa Pes asam jawa (Goreng bahan bertanda *)
2. Kemudian kisar bahan kuah dengan sedikit air suam. Air sedikit sahaja ya. 3. Satukan bahan kisar dengan kacang tadi. Gaul rata. Ketika proses ini, sekiranya nak buat stok, bolehlah dikepal padat.
4. Balut dengan wrapping plastic kemudian masukkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.
5. Bila nak digunakan cuma perlu tambah air panas. Tapi saya tak nak buat stok, jadi saya bancuh semua dengan air panas. Kuantiti air panas bergantung pada kepekatan yang kita mahukan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!