2 Variasi Sup Sedap Meletup, Boleh Cuba Ni.

Share

Teringin hirup sup panas-panas, tak payahlah ke restorn atau gerai makan,  Apa kata korang masak sendiri . Baru kena dengan selera dan kos jauh lebih murah dan gerenti bersih dan sedap . Kalau tak tau nak masak sup  apa, ini Rasa sharekan dua versi sup daging yang meletop sedap ye…

SUP BENING TULANG RUSUK MELETOP

BAHAN-BAHAN: 

  • 500gm tulang rusuk lembu | direbus sehingga empuk
  • 2 biji ubi kentang  | dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah  | dipotong dadu
  • 1 batang saderi | dihiris
  • Sedikit daun sup |dipotong
  • Bawang goreng
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masakuntuk menumis

BAHAN PENUMIS:

  • 2.5cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2cm halia muda dihiris halus
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu serbuk lada hitam

CARA MEMASAK: 

  1. Panaskan  minyak dalam periuk, tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah sup dan serbuk lada hitam.
  3. Setelah garing tambahkan air rebusan tulang rusuk dan kacau perlahan sehingga mendidih.
  4. Seterusnya masukkan tulang rusuk yang telah direbus, lobak merah, ubi kentang dan saderi.
  5. Tambahkan serbuk perasa dan garam.
  6. Selepas mereneh seketika sup sedia dihidangkan.

SUP URAT KETING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg urat keting3
  • sudu makan rempah sup
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak
  • BAHAN HIRIS:
  • 4cm halia3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:

  • Daun sup | hiris
  • Daun bawang | hiris
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

CARA MEMASAK:

  1. Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
  2. Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
  3. Tambahkan air.dalam sup tadi , biarkan mereneh seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan perasakan  secukupnya.
  5. Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.
  6. Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  7. Hidangkan panas=panas.
Published by
Norasida Myasin