Korang suka Red Velvet tak, Kalau suka ini ada dua versi Red Velvet yang sedap dan senang cara membuatnya, Swiss Roll Red Velvet Cake  dan Red Velvet Cup Cake. Selain enak dihidangkan sebagai penemaan kopi untuk minum petang boleh juga dijadikaan buah tangan bila berkunjung ke rumah saudara mara atau takan-rakan.  Ok, selamat mencuba.

2 Versi Red Velvet Yang Sedap & Senang Buat.

SWISS ROLL RED VELVET CAKE

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500gm mix sponge cake
  • 100gm susu UHT
  • 100gm minyak masak
  • 10gm serbuk penaik
  • 10gm cuka
  • 8 biji telur
  • 3 sudu teh pewarna merah

BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 500gm krim segar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat topping; putar krim segar sehingga kembang dua kali ganda. Ketepikan.
  2. Putar mix sponge cake bersama telur dan putar sehingga kembang selama lapan minit menggunakan ‘high speed’.
  3. Campurkan pewarna merah bersama susu UHT dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan ‘low speed’. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah diputar tadi.
  4. Campurkan cuka bersama soda dan masukkan sekali ke dalam adunan tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan minyak masak ke dalam adunan dengan menggunakan ‘low speed’.
  6. Setelah adunan telah siap diputar, masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 12 x 17.
  7. Bakar pada susu 180C selama 15 minit. Keluarkan.
  8. Sapukan krim tadi pada permukaan kek yang telah siap dibakar dan gulung.
  9. Sedia dihidangkan.

2 Versi Red Velvet Yang Sedap & Senang Buat.

RED VELVET CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 230gm mentega
  • 600gm gula
  • 500gm tepung kek
  • 480gm susu UHT
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 4 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh pewarna
  • 2 sudu teh cuka
  • 2 sudu teh baking soda

BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 500gm krim keju
  • 100gm gula ising
  • 100gm krim putar
  • 10 keping oreo  | hancurkan

BAHAN HIASAN:

Ads
  • Oreo secukupnya
  • Kepingan coklat secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Campurkan esen vanila bersama telur dan masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
  3. Satukan dan ayak semua bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan garam.
  4. Setelah adunan sebati, masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Campurkan pewarna ke dalam susu UHT. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang diputar sedikit demi sedikit.
  6. Campurkan baking soda bersama cuka dan masukkan ke dalam adunan.
  7. Setelah adunan siap, masukkan adunan ke dalam cawan kertas sebanyak ½ adunan. Bakar pada susu 150C selama 10-15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
  8. Untuk membuat topping; Putar gula ising dan krim keju hingga kembang.
  9. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang dua kali ganda. Masukkan oreo yang telah pun dihancurkan.
  10. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan di bahagian atas kek, menggunakan nozzle berbentuk bintang. Hiaskan dengan kepingan coklat dan oreo untuk lebih menarik.
  11. Sedia dinikmati.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI