Ubah figura sandwich apa salahnya kan, kalau selalu kita tengok bentuknya empat atau tiga segi, kali ini apa kata kita gulungnya. Mungkin boleh tarik perhatian selera anak-anak, cara buat pun tak susah. Sesuai ni untuk sahur ringkas si bujang. Macam mana nak buat, macam biasa resipi disertakan di sini.
SANDWICH ROLL
BAHAN-BAHAN:
INTI TELUR MAYO:
3 biji telur rebus
1 biji tomato | potong dadu kecil
Sedikit serbuk lada
Mayones secukupnya
INTI SARDIN MAYO:
1 tin kecil sardin | buah sosnya
Mayones secukupnya
1 biji tomato sederhana | potong dadu
1/2 biji bawang besar | potong dadu
1/2 biji lemon | perah jusnya
BAHAN TAMBAHAN:
Roti putih & wholemeal secukupnya
Crabstick secukupnya | rebus
Daun salad secukupnya | cuci bersih dan tos
Sos manyones, sos keju & Sos cili.
CARA MEMBUAT:
- Untuk inti telur mayo, lenyek telur dan gaul kesesmua bahan hingga rata. Ketepikan.
- Untuk inti sardin mayo, hancurkan sardin, kemudian gaulkan dengan semua bahan lain, perahkan jus lemon untuk rasa masa sedikit. Jika mahu rasa pedas boleh tambah sedikit hirisan halus cili ( ikut selera).
- Lenyekkan kedua-dua jenis roti.
- Isikan inti telur mayo di atasnya dan ratakan di hujung roti. Letakkan crabstick atas intik tadi dan lapiskan dengan daun salad di atasnya.
- Gulung roti. Lakukan cara yang sama untuk kedua-dua roti dan inti hingga habis.
- Akhir sekali paipkan dengan sos pilihan ada ke atas sandwich roll yang sudah siap.
- Sedia dihidangkan
kredit: fidzah saad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI